Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Perbezaan antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia Sejarah perkembangan bahasa melayu di kedua-dua negera. Kerana saya sekarang di Beijing, bahan berkenan tidak cukup, bolehkah hantar sebanyak mungkin bahan berkenanan kepada saya. terima kasih banyak. | Saudari Amirah Beijing, Bersama-sama ini disertakan senarai buku yang berkaitan dengan tugasan pembelajaran saudari di BFSU Beijing. Oleh sebab kedudukan georafi sdri yang jauh, sdri dicadangkan menghubungi pegawai pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu, untuk mengadakan perbincangan tentang perolehan pinjaman atau penghantaran bahan secara digital. Pegawai Pustakawan tersebut ialah Encik Nik Aman Nik Yusof e-mel:aman@dbp.gov.my atau Encik Mohd. Hiezam Hashim e-mel: izammh@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih, Razali Che Mat Pegawai Komunikasi Korporat DBP razali3@dbp.gov.my Bahasa dan pemikiran Melayu / Indonesia menyongsong 2025 | [tiada pengarang] | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2007 |
Bentuk-bentuk kata bahasa Melayu dan Indonesia | Musa Daia | Pustaka Aman Press | 1974 |
Morfologi-sintaksis bahasa Melayu (Malaya) dan bahasa Indonesia: satu perbandingan pola | Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1968 |
| Lain-lain | 04.06.2008 |
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih. | Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga, banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam. | Lain-lain | 05.05.2010 |
Minta tanya 1) ... kesan-kesan merokok (kepada/terhadap) pelajar... 2) ... membeli (dengan/pada) harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian oleh sebab tidak mempunyai wang yang cukup... | 1) ... kesan-kesan merokok terhadap pelajar... 2) ... membeli dengan harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup... | Tatabahasa | 25.09.2013 |
Tolong Betulkan ayat ini. Saya memetik piano. Adakah kata kerja memetik sesuai piano? | Ayat tersebut tidak betul, cukup sekadar menyatakan "Saya bermain piano". Kata kerja yang sesuai ialah "menekan" untuk piano. Contohnya, "Abu menekan mata piano". | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Perlukah kata sendi nama di diulang dalam ayat yang berikut: Hujan berlaku di Kota Kinabalu, di Tawau, dan di Kudat. atau cukup digunakan satu di sahaja : Hujan berlaku di Kota Kinabalu, Tawau, dan Kudat. Mohon diberikan penjelasan. Terima kasih. | Dalam contoh yang diberikan kata sendi tidak perlu diulang, cukup sekadar ditulis sekali sahaja; Hujan berlaku di Kota Kinabalu, Tawau dan Kudat. | Tatabahasa | 04.02.2008 |
Bagaimana menulis nama seminar, perlu diitalikkan atau diletakkan tanda petik tunggal? Contoh: 'Seminar Kerjaya.' | Nama seminar/tajuk tidak perlu ditulis condong, cukup sekadar ditulis dengan huruf besar pada awal kata seperti "Seminar Kerjaya". | Ejaan | 13.09.2011 |
Salam sejahtera. 1) Menurut DBP mahu pun pihak Kamus Dewan, adakah terjemahan untuk 'tweet' (dalam konteks pengguna Twitter) dalam b.Melayu? Atau tidak perlu diterjemahkan? yakni cukup diitalikkan font dalam penulisan misalnya? 2) Sehubungan dengan itu, berapa kerapkah Kamus Dewan memasukkan perkataan-perkataan baharu di dalam edisi elektroniknya? (seperti yang dilakukan oleh kamus-kamus lain contohnya http://oxforddictionaries.com/) Sekian dan terima kasih. | 1. Tidak ada padanan tweet dalam bahasa Melayu. Merujuk kepada perbuatan yang dimaksudkan dengan tweet itu, kami cadangkan kata bersembang atau berbual digunakan dan jika merujuk kepada orangnya maka perkataan pengguna twiter yang digunakan. 2) Capaian kepada Kamus dewan dalam laman web kami disalin daripada edisi cetakan. Apabila ada perubahan dalam edisi cetakan (hanya dilakukan apabila edisi baharu diterbitkan) baharulah edisi elektroniknya berubah. | Istilah | 24.08.2011 |
adakah penggunaan 'mencukupi' betul? bukankah selepas tambahan 'me-i' sepatutnya kata nama. contoh: Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi. atau 'cukup' sahaja sudah mencukupi?? | kata kerja berimbuhan 'me-i' diikuti dengan kata nama; contohnya ... menghadiahi bunga ..., mencukupi bukan golongan kata kerja, oleh itu tidak terikat dengan hukum tersebut. Ayat, "Bekalan beras di Malaysia tidak mencukupi" adalah betul. | Tatabahasa | 17.04.2008 |
Bagi istilah 'overnight' sebagai adjektif, Kamus Dwibahasa telah memberi contoh berikut: 'we had three overnight guests'. Terjemahannya ialah 'tiga tetamu bermalam di rumah kami'. Di sini adakah 'tetamu bermalam' terjemahan bagi 'overnight guests' dan oleh itu 'bermalam' adalah adjektif? Yang mana kata kerja bagi ayat ini? Harap mendapat penjelasan . Tk. | Tengku Noraidah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . Jawab: 1. Kebanyakan orang mengatakannya demikian, kerana frasa tersebut merupakan singkatan frasa tetamu yang bermalam (semalman/satu malam). Kata overnight dapat diterjemahkan sebagai (i) semalam atau satu malam. Kata semalam ialah adverba jati yang berfungsi sebagai keterangan. Satu malam juga dapat berfungsi sebagai adverba, juga sebagai frasa nama [satu (KN) & malam (KN) penerangnya] seperti dalam ayat: Satu malam (subjek) / tidak cukup untuknya menyelesaikan kerja itu (predikat). (ii) bermalam Bermalam ialah kata kerja tak transitif (bukan adjektif), maksud kata ini ialah tidur semalam/satu malam. Tetapi, kalau bermalaman ertinya lain pula. Bermalaman berbaksud tidur bersama atau berseketiduran. (Cuma pandangan saya sahaja: mengapa tidak kita katakan tetamu malaman? Kita sudah ada seniman jalanan – fikir-fikirkan!) 2. Kata bermalam bukan adjektif, tetapi kata kerja tak transitif. Hal ini ditandai oleh awalan ber- pada kata malam itu. 3. Berdasarkan ayat: 3 tetamu bermalam di rumah kami. Subjek ayat ini ialah 3 (orang) tetamu; dan predikat ayat bermalam di rumah kami. Kata kerja dalam ayat ini ialah bermalam. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
Guru itu tidak disukai oleh pelajarnya kerana dia seorang yang pelekas/pelekas marah. dalam kamus dewan, pelekas ialah orang yg lekas marah. jadi untuk kata pelekas perlu ke letak pelekas marah atau pelekas sudah cukup? selain marah, apa lagi kata yang boleh digunakan utk menggambarkan pelekas? tq | Pelekas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang yg lekas (marah, merajuk dll). Lekas ialah dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
|
Puisi |
---|
|
Sirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.
Lihat selanjutnya... |
|