Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat ini betul? Hal-hal yang dia katakan tidak betul. Adakah "yang dia katakan" harus dibetulkan menjadi: Hal-hal yang dikatakannya tidak betul. Apabila pembuat itu adalah orang ketiga, adakah kita harus menggunakan "dikatakannya"? | Ayat yang lebih gramatis ialah “Hal-hal yang dikatakannya tidak betul.” | Tatabahasa | 10.05.2023 |
Adakah penggunaan perkataan 'scam' dalam bahasa melayu betul? Dalam laporan media bahasa melayu banyak yang menggunakan perkataan 'scam'. Jika tidak betul, apakah terjemahan yang tepat bagi 'scam'? Konteks: Online scam | Penggunaan perkataan scam dalam bahasa Melayu tidak betul kerana perkataan tersebut merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud komplot. Cadangan padanan terjemahan bagi perkataan scam dalam konteks yang dimaksudkan ialah penipuan dalam talian. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2021 |
Tuan/Puan, Salam Sejahtera! Saya ingin tanya transliterasi di bawah ini betul ke atau tidak? Jika tidak betul, saya ingin minta pertolongan Tuan/Puan untuk membetulkannya. Terowong Kuantan Dibina oleh xxx Di atas bantuan pihak Tuan/Puan, saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu. Sekian. | 1. Terowong Kuantan dibina oleh xxx 2. Atas bantuan pihak tuan/puan, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih. | Tatabahasa | 01.11.2018 |
Adakah ayat initially betul? Seperti yang berpantun," mencangkul padi sepanjang Hari, ........' | Ayat tersebut tidak betul kerana tidak lengkap. | Lain-lain | 12.07.2019 |
Saya mendapati "enable" diterjemah sebagai "mendayakan" di sesetengah laman web. Contoh: Mendayakan pemberitahuan (Enable notification). Adakah terjemahan ini betul? Jika tidak betul, bolehkah ia diterjemah kepada "membolehkan pemberitahuan"? Terima kasih. | Dalam Kamus Inggeris Melayu - Dewan, enable diterjemahkan kepada membolehkan seperti ayat he needs an absolute majority to enable him to govern - dia perlu mendapat majoriti mutlak utk membolehkannya memerintah; manakala dalam bidang peristilahan, enable diterjemahkan kepada pemboleh seperti enable signal - isyarat pemboleh. Oleh itu, kami berpandangan kedua-dua terjemahan ini boleh digunakan dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat.
| Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2023 |
Jika khianat boleh menjadi mengkhianati dalam contoh, "Dia mengkhianati saya", bolehkah khidmat menjadi mengkhidmati dalam contoh, "Dia mengkhidmati saya"?. Jika tidak betul, apa alasannya? | Frasa "Dia mengkhidmati saya" boleh digunakan. Rujukan Kamus Dewan Perdana. | Tatabahasa | 25.05.2023 |
Semalam saya mendapat sakit pinggang ketika membawa sebuah meja ke bilik saya. | Ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Semalam saya mengalami sakit pinggang kerana mengangkat meja ke bilik saya”. | Tatabahasa | 27.10.2022 |
Wahai,anakku sayang,jangan menangis lagi! Ayat ini betul tak?Jika tidak betul, Wahai menjadi apa? | Ayat “Wahai anakku sayang, jangan menangis lagi!” betul. Perkataan “wahai” merupakan kata seru untuk menarik perhatian, menyatakan rasa sedih dan lain-lain. | Tatabahasa | 03.08.2022 |
Dia adalah muda. Ayat di atas betul ke? | Ayat "Dia adalah muda.", tidak betul. Ayat yang betul ialah "Dia muda."/"Dia amat muda." (pola Frasa Nama + Frasa Adjektif). | Tatabahasa | 23.11.2023 |
Salam,Tuan/Puan.Saya mahu bertanyakan soalan tentang tatabahasa dalam beberapa ayat yang berikut.Kata Hubung Pancangansehinggamenggunakan dalam ayat sesuai atau tidakManakala penggunaan imbuhankehilangantidak betul dan jawaban yang betul iaitu menghilangkanTerima kasih Pesakit akan kehilanganderia pendengaran.Selain itu,serangan vertigo selama beberapa hari sehinggapesakit tidak mampu bergerak dan tiada koordinasi pada salah satu bahagian tubuh adalah petanda pesakit diserang penyakit angin ahmar atau masalah berkaitan otak. | Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata hubung pancangan keterangan sehingga betul. Manakala perkataan menghilangkan tidak betul. Perkataan yang betul ialah kehilangan yang bermaksud perihal hilangnya sesuatu. | Tatabahasa | 29.06.2021 |