Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apa maksud lestari | Lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 15.02.2009 |
maksud lestari | maksud lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 932. | Makna | 11.09.2008 |
apa itu pembangunan lestari? | Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Oleh itu pembangunan lestari bermaksud pembangunan kekal. | Makna | 11.06.2012 |
Apa beza antara mampan dengan mapan | Mapan bermaksud tidak berubah-ubah atau mantap, manakala mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). | Makna | 19.09.2011 |
maksud pelestarian | Kata dasar pelestarian ialah lestari yang membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Perkataan ini berasal daripada Indonesia. Maksud bagi pelestarian pula ialah perlindungan daripada kemusnahan atau kerosakan. Contoh ayatnya, pelestarian sumber-sumber alam. | Makna | 21.12.2006 |
Mohon semak tema untuk kovokesyen "Graduan Lestari Aspirasi Industri" | Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 20.06.2015 |
maksud perkataan LESTARI | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. | Makna | 04.06.2009 |
Mohon semak tema konvokesyen 1. "Graduan Lestari Aspirasi Industri" 2. "Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan" | 1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya. 2. Adakah tepat jika dikatakan teknologi hijau sebagai asas/dasar kebolehpasaran graduan? Pada pandangan kami, frasa ini seolah-olah menyempitkan asas kebolehpasaran graduan. Walau bagaimanapun jika universiti ini berteraskan teknologi hijau, frasa tersebut boleh digunakan dengan sedikit pindaan seperti "Penguasaan/Kemahiran Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan". | Tatabahasa | 20.06.2015 |
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ? | Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan. | Makna | 05.09.2010 |
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~. | Tatabahasa | 26.11.2008 |
|
Peribahasa |
---|
| 210 The wheel of fortune is forever in motion Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|