Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kita perlu pergi segera, untung masih ada orang menunggu kita. Kami mendapat untung yang banyak semasa hari kantin yang lepas. penggunaan untung dalam kedua-dua ayat betul kah? tq | Ayat tersebut betul. Makna untung dalam ayat pertama ialah tidak sial (celaka), bernasib baik. Untung dalam ayat kedua pula bermaksud keuntungan- hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan, dll yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba. | Tatabahasa | 26.08.2008 |
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasih | Ungkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami. Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, memikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh. | Tatabahasa | 16.09.2013 |
|
|