Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat-ayat berkenaan betul? (soalan PMR 2012) Apakah kesalahannya? | 1. Murid-murid tadika itu diajari cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. diajari bukan diajarkan kerana diajari bermaksud diajar seseorang manakala diajarkan bermaksud diajar sesuatu. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
maksud majalah picisan | Picisan bermakna tidak berharga atau rendah mutunya. Oleh itu, majalah picisan bermaksud majalah yang rendah mutunya dari segi isi ( kepentingan) dan bahan yang dimuatkan. | Makna | 11.06.2008 |
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan" | Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh. | Ejaan | 18.01.2008 |
Assalamualaikum, Apakah kewajaran penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran bahasa Melayu? | Bahasa sastera dapat dikaitkan dengan laras bahasa, iaitu seperti laras sains, teknologi maklumat, undang-undang dan sebagainya. Pengajaran bahasa Melayu pada umumnya mengajar tentang struktur pembentukan ayat secara gramatis, manakala dalam bahasa sastera terdapat elemen "poetic license" yang yang mewajarkan adanya penyimpangan dari segi morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa sastera terangkumnya elemen semantik dan semiotik dalam penghasilan karya. Penyimpangan tersebut tidak bermakna bercanggah dengan pembentukan ayatbahasa Melayu yang gramatis, malah elemen tersebut dapat menimbulkan nilai atau unsur keindahan dalam karya sastera.Penggunaan kosa kata yang tidak lazim, dialek, kata-kata klasik yang terakam dalam karya sastera dapat memperkaya kosa kata seseorang pelajar.Bahasa sastera juga dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui tentang kesantunan bahasa yang terdapat dalam karya sastera. | Lain-lain | 15.01.2008 |
Soalan saya.. apakah maksud butuh di dalam bahasa malaysia? Banyak saya dengar di station tv dan radio..artis indonesia menggunakan bahasa butuh..adakah ini boleh kita gunakan didalam bahasa harian kita..walau pun makna bahasa indonesia adalah perlu..dan adakah rakyat malaysia boleh menggunaknya dalam bahasa harian dan anak anak kita boleh menggunakanya di waktu sekolah?Apakah peranan kementerian di dalam isu ini? Sekian t.kasih. | Sdr. Masidayu, di dalam kamus dewan butuh membawa makna I bk kemaluan laki-laki. manakala bagi Indonesia ia bermakna memerlukan. Jika ditanya bolehkah perkataan ini digunakan? jawapannya ia dan tidak. Bermakna jika ia digunakan dalam masyarakat kita di Malaysia tentulah tidak sesuai tetapi jika digunakan dalam konteks di Indonesia ia memang boleh digunakan. | Makna | 06.09.2007 |
Sebelum saudara/i dihujani dengan soalan soalan yang saya bangkitkan, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Sathya Seelan A/l Armugam, pelajar Tingkatan 4, High School Bukit MErtajam. Soalan -soalan saya adalah yang berikut ;- 1. Adakah kamus yang umum untuk peribahasa telah diwujudkan oleh DBP ? 2. Saudara, bolehkah saudara memberikan saya alasan mengapa kata - kata yang terdapat dalam Kamus Dewan terlalu obses DALAM penterjemahaan kata secara terang daripada perkataan Bahasa Inggeris ? 3. Kalau saya dapat mengarang karangan / sajak yang agak menarik, ke manakah saya boleh menghantarkannya ? Saya akan berasa gembira jika saudar/i menjelaskan kemusykilan bahasa . | Sdr. boleh rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisis Kedua atau Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman sdr. DBP bukanlah sebuah organisasi yang memberikan keutamaan kepada kata dalam bahasa Inggeris. Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu yang disusun berdasarkan kajian korpus. Sesetengah kata bahasa Inggeris yang diserapkan dalam bahasa Melayu melalui penyesuaian ejaan sudah pun diterima dan digunakan oleh masyarakat. Tujuan penyerapan ini adalah untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu dan ini tidak bermakna kata dalam bahasa Melayu digugurkan. Kata-kata ini masih digunkan bergantung pada konteks dan tujuan penggunaan, cthnya bagi penggunaan umum kata dalam bahasa Melayu digunakan , bagi konteks teknikal dan lebih ilmiah kata serapan bolehlah dipilih. Tentang sajak yang dihasilkan sdr. bolehlah cuba menghubungi Jabatan Sastera. | Lain-lain | 19.04.2008 |
1.Apakah definisi pahlawan? 2.Apakah definisi bahasa pengantar? 3.Apakah makna luwes? | 1. Pahlawan bermaksud orang yang gagah dan berani,pejuang yang gagah, perwira 2. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,seperti ilmu pengetahuan dll. 3. Luwes bermakna tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan(dengan keadaan),dapat diubah suai | Makna | 24.01.2007 |
Apakah maksud Jalang di dalam penggunaan Bahasa Melayu. Adakah maksudnye lebih dari satu? | Jalang bermakna (i) tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap; liar. (ii) tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing. | Makna | 09.07.2008 |
apakah erti jati diri dan cara yang betul menggunakan istilah ini. | Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan kon | Makna | 20.05.2005 |
apakah beza perkataan sesal dan kesal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.05.2009 |