Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara. | Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih. | Lain-lain | 08.08.2008 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan "keberkesanan". Soalan saya: 1. Apakah kata dasar perkataan tersebut ialah "berkesan"? 2. Jika kata akarnya ialah "berkesan", apakah justifikasi yang digunakan? Mengapa kata "kesan" tidak dianggap sebagai kata akarnya? | Berkesan dan keberkesanan, kata dasar kedua-dua kata tersebut ialah "kesan". | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Dia tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan. Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut dan mengapakah salah? | kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,berapa dan bila. kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Oleh yang demikian ayat yang betul ialah: Dia tidak tahu waktu yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
saya ingin bertanya buku rujukan berdasarkan buku teks buku rujukan apa ya?? | Sebelum saudara ingin mencari buku rujukan pastikan dahulu apa perkara yang hendak dibuat rujukan supaya pencarian lebih terarah dan tidak membuang masa. Saya tidak jelas apa perkara yang saudara hendak rujuk. Sebagai panduan, dalam proses pembelajaran yang berkesan seseorang itu mestilah mempunyai tujuan untuk belajar. Juga jika ingin membuat rujukan secara berkesan kita mesti tahu apa tujuan kita hendak membuat rujukan. Adakah kita ingin mengetahui sesuatu topik lebih mendalam maka kita perlu membuat rujukan dengan lebih lanjut. Atau kita ingin mengumpulkan buku-buku rujukan tidak kira bidang untuk tujuan rujukan rakan-rakan atau murid-murid? | Lain-lain | 19.10.2010 |
BR1M (BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA).KENAPA DALAM TV MENYEBUT BRIM,1 TU MENJADI HURUF I.KENAPA TIDAK ADA PEMBETULAN? | Bantuan Rakyat 1 Malaysia diringkaskan ejaannya dan disebut sebagai BR1M untuk mengkomersialkan program tersebut ke seluruh negara. Hal ini lebih kepada laras iklan, iaitu pemberitahuan kepada rakyat Malaysia tentang program kerajaan. Iklan yang berkesan lazimnya ringkas, mudah dan tepat. BR1M pada pendapat kami berkesan mempromosikan porgram tersebut dan apabila dieja penuh, ia tetap dieja dengan ejaan yang betul. | Ejaan | 18.09.2012 |
Pemilihan diksiyang tepat dan sesuai menentukan baik atau tidak sesuatu teks penulisan.Apakah ciri-ciri diksi yang harus dipilih oleh seseorang penulis? | Seseorang penulis perlulah memilih dan menggunakan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea bersesuaian dengan perkara yang hendak disampaikan | Lain-lain | 23.09.2006 |
Saya mencadangkan agar Dewan Bahasa dan Pustaka dinaik taraf kepada Jabatan Bahasa dan Pustaka. Usaha memartabatkan bahasa Melayu akan lebih berkesan jika DBP dijadikan Kementerian Bahasa dan Pustaka.Mungkin cadangan ini agak janggal tapi tidak mustahil untuk menjadi kenyataan. | Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP. | Lain-lain | 06.09.2009 |
Asallammualaikum, antara pertanyaan saya adalah bagaiman untuk menyediakan laporan, minit mesyuarat yang baik dan tepat..setahu saya ia tidak rigid namun mungkin saya dapat sedikit panduan unuk buat yang terbaik.... | Puan Rosilawati, Untuk menyediakan laporan, minit mesyuarat yang baik dan berkesan beberapa langkah perlu diberi perhatian seperti prinsip asas penulisan, format penulisan dan penggunaan bahasa dalam penulisan tersebut. Buku Bahasa Laporan yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar boleh dijadikan rujukan. | Lain-lain | 11.03.2010 |
translate "VIGOR EFFECT" to B.Malaysia for paddy use. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk vigoe effect.Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "Vigor" bermaksud kesuburan atau kecergasan.Dalam konteks ini, kami berpendapat perkataan kesuburan ialah sesuai kerana merujuk kepada tanaman.Mungkin boleh diterjemahkan sebagai Berkesan menyuburkan tanaman.Perkataan kekalan juga salah perlu ditukar kepada kekal. | Istilah | 09.02.2012 |
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih | 1. Boleh digunakan juga perkataan minda 2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja. 3. tempoh 4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya | Tatabahasa | 06.10.2010 |