Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Setahu saya, "banyak" merupakan kata bilangan tak tentu dan harus diletakkan di depan frasa nama. Adakah prinsip ini ada kekecualian? Kerana saya menemui ayat yang berbunyi"...perajurit-perajurit yang banyak berjasa" (berjasa merupakan kata kerja). | Dalam contoh ayat yang dinyatakan, banyak tidak berfungsi sebagai kata bilangan tak tentu tetapi sebagai adverba. Untuk makluman saudara adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja/frasa kerja, kata adjektif/frasa adjektif atau kata nama/frasa sendi nama. Adverba boleh hadir di hadapan dan juga di belakang frasa tersebut. | Tatabahasa | 29.11.2010 |
Adakah ' beliau' boleh digunakan untuk orang yang amat berjasa kepada kita dan sangat kita hormati seperti nenek , ayah dan emak? | Sdr Wong, Menurut Kamus Dewan, kata beliau merupakan kata ganti nama diri ketiga (untuk orang tua atau orang yg dihormati): mentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap. Oleh yang demikian, kata beliau boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri untuk nenek, ibu, datuk, ayah dan sebagainya. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
|
|