Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
'BERHENTI, bila sistem lampu amaran get berbunyi. Adakah terdapat sebarng kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas? Pendapat menyatakan Sistem lampu tidak berbunyi malah menyala. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi" ataupun "Berhenti apabila sistem amaran berbunyi". Lampu kebiasaannya menyala bukan berbunyi. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik. | Saudari Succy, Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi' | Makna | 20.09.2012 |
Anak saya menulis karangan yang antara ayatnya berbunyi, "Ibu saya sangat sukakan kucing." Guru BM tidak membuat sebarang pembetulan. Adakah ayatnya betul atau seharusnya berbunyi, "Ibu saya sangat suka akan kucing."? | Ayat yang gramatis ialah, "Ibu saya sangat suka akan kucing." | Tatabahasa | 26.01.2010 |
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?] | Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan. | Lain-lain | 17.11.2011 |
Assalamulaikum... Saya ingin bertanya mengenai bagaimana saya harus menjawab soalan pidato yang berbunyi, " Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia ". Saya tidak tahu apa yang dikhendaki oleh soalan ini. Apakah yang saya harus tulis sebagai pendahuluan, empat isi, dan penutup ? Saya berharap agar kiriman saya ini dibalas secepat yang mungkin. Sekian, saya dahulukan pertolongan pihak DBP dengan ucapan terima kasih. | Pertanyaan saudara ini memerlukan penelitian dan rujukan mendalam. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada guru sekolah saudara untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saudara juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Untuk makluman saudara, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi/bahasa kebangsaan negara kita melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu menjadi bahasa perpaduan untuk menyatukan masyarakat pelbagai bahasa di Malaysia. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah kebangsaan. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu secara am untuk menyatakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan untuk memperkatakan bidang-bidang ilmu di peringkat sekolah, maktab dan universiti. | Lain-lain | 27.03.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Jika soalan saya berbunyi (1) Sazali terpakasa menangguhkan perkahwinannya kerana menghadapi masalah kewangan. (2) Pasangan penggantin diraja duduk di atas peterana sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang. (3) Dia menonton bola sepak di Stadium. Apakah jawapan yang betul bagi ketiga-tiga soalan di atas? Soalan saya yang kedua ialah adakah Ayat Susunan Songsang tidak mempunyai makna? atau sebahagiannya mungkin tidak ada makna? Soalan saya yang ketiga ialah pernah pihak DBP menjawab soalan saya yang berbunyi menukarkan ayat pasif (Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat) kepada ayat pasif (Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda). Jika mengikut hukum objek tepat dan objek sipi, bagaimanakah jawapan yang diberikan oleh DBP bagi soalan "Saya menghadiahi Ali sebuah basikal" akan menjadi Sebuah basikal dihadiahi saya? Bukan ke bagi orang pertama formula atau penyusunan binaan ayat pasif mesti "Kata ganti nama pertama atau kedua diikuti kata kerja"? Bukan ke jawapan yang sebenarnya harus berbunyi "Ali saya hadiahi sebuah basikal" yang sememangnya ikut hukum tatabahasa (objek tepat dan objek sipi serta hukum binaan ayat pasif bagi pelaku I dan II? Sekian, terima kasih. | Saudara, 1. Kerana menghadapi masalah kewangan Sazali terpaksa menangguhkan perkahwinannya. 2. Sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang pasangan pengantin diraja duduk di atas peterana. 3. Di stadium dia menonton bola sepak . Susunan yang betul ialah ' Ali saya hadiahi sebuah basikal'. Mungkin jawapan yang diberikan oleh petugas sebelum ini tidak lengkap. Maaf atas kesulitan yang berlaku. | Tatabahasa | 13.08.2010 |
Salam, adakah peribahasa yang berbunyi 'seperti mentimun dengan durian'? Dan apakah maksudnya? Terima kasih. | Peribahasa seperti mentimun dengan durian bermaksud orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding. | Makna | 03.09.2013 |
Ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa penggunaan kata ganda untuk menunjukkan bilangan lebih daripada satu (plural) tidak diamalkan lagi. Contohnya: Soalan yang berbunyi - Namakan jenis-jenis haiwan yang terdapat di hutan; rakan menyatakan cukup dengan menyatakan: Namakan jenis haiwan sahaja (kerana perkataan jenis pun menggambarkan banyak). Ada kah ini benar? | Hal ini lebih kepada gaya penulisan. Walau bagimanapun gaya penulisan terkini ada kewajarannya kerana bagi situasi yang jelas seperti ayat contoh yang saudara berikan tak perlu lagi dijamakkan. | Lain-lain | 07.01.2013 |
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagi | Antara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut. | Makna | 19.10.2011 |
Salam, saya nak tanya, ada tak perkataan yang berbunyi seperti 'disloka'? atau perkataan yang bunyinya agak sama seperti perkataan 'disloka'? sekian, terima kasih | Untuk makluman, perkataan "disloka" atau perkataan yang hampir sama dengan perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan kami. | Lain-lain | 09.04.2013 |