Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tatacara menulis surat rasmi. Mana yang lebih baik dan betul. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. | Kedua-duanya betul, 'Dengan hormatnya/Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk'. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
TATACARA PENGESAHAN IKLAN | IKLAN MESTI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU | Lain-lain | 01.11.2010 |
TATACARA PENGESAHAN BAHASA DALAM IKLAN | DATANG KE DBP ATAU FAKS VISUAL IKLAN KE DBP | Lain-lain | 26.10.2010 |
PERTANYAAN TENTANG TATACARA PENGESAHAN IKLAN | TATACARA PENGESAHAN IKLAN | Lain-lain | 31.03.2011 |
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusila | Perkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
apakah tatacara penubuhan syarikat di malaysia? apakah peluang-peluang perniagaan secara online di malaysia? | Sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Lain-lain | 23.02.2008 |
Menurut tatacara pembentukan kata terbitan yang kata dasarnya bermula dengan deretan huruf sy, imbuhan yang terlibat antaranya men-, men--kan, pen-, dan peN--kan untuk membentuk kata seperti mensyampu, mensyaratkan, pensyarah, dan persyarikatan. Namun, didapati tatacara ini tidak dipatuhi sepenuhnya bagi kata dasar syair; kata terbitan yang dirakamkan dalam Kamus Dewan Ke-4 (KD4) antara lain; mensyairkan, pensyair, penyair, kepenyairan. Hanya dua kata terbitan pertama sahaja menurut tatacara tersebut, sementara yang lain nampaknya kekecualian. Persoalannya, adakah kata terbitan yang tidak/belum dirakamkan dalam KD4, iaitu menyair, dan kepensyairan dapat gunakan? Mungkin menyair diterbitkan dengan asas bahawa kata ini berupa kekecualian sebagaimana kepenyairan, manakala kepensyairan pula diterbitkan dengan asas bahawa pengimbuhan inilah yang menurut tatacara sebenar. Sudah tentu yang lama boleh dikekalkan supaya terdapat pilihan, sama ada menyair atau mensyair, dan kepenyairan atau kepensyairan, sebagaimana ada pilihan bagi kata terbitan jawaban atau jawapan, pelibatan atau penglibatan, pembelajaran atau pemelajaran dsb. Pada pendapat saya, supaya pensyair dapat digunakan dengan rasa baku berbanding penyair, kata terbitan kepensyairan juga harus wujud dalam Kamus Dewan Keempat. Sekian. Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Seperti yang tuan maklumi kata penyair dan kepenyairan ialah kekecualian dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Merujuk pangkalan data kami tidak ada contoh penggunaan perkataan kepensyairan dan ada satu contoh penggunaan menyair oleh penerbit bukan DBP. Cadangan tuan agar kata menyair dan kepensyairan diamasukkan dalam entri kamus yang akan diterbitkan akan kami kemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Perkamusan. Hal ini akan ditangani oleh Bahagian Perkamusan, sama ada menerima cadangan tuan atau sebaliknya perlu ada justifikasi yang mewajarkannya. | Istilah | 27.11.2012 |
tatacara atau tata cara perlindungan atau pelindungan saguhati atau sagu hati kakitangan atau kaki tangan | Tatacara, perlindungan, sagu hati, kakitangan. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Apa beza tatasusila dengan tatacara | Tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi 'Standard Operating Procedure'. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard. | Istilah | 10.01.2012 |
|
|