Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam. Jika orang yang bodoh dan tidak mahu belajar dikatakan 'bodoh sombong'. Apakah simpulan bahasa atau peribahasa untuk : orang yang pandai/bijak tetapi sombong? terima kasih. | Tidak ada perkataan khusus merujuk orang bijak tetapi sombong melainkan sombong yang secara umumnya merujuk sesiapa sahaja sama ada yang bijak atau yang bodoh. | Makna | 10.07.2012 |
bodoh sombong | bodoh dan degil (kamus peribahasa) | Lain-lain | 18.04.2007 |
Salam.jika orang bodoh dan tidak mahu bertanapaya digelar bodoh sombong,apakah peribahasa untuk orang yang pandai tetapi sombong dan kedekut ilmu? | Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada maklumat tentang peribahasa yang diperlukan. Sila rujuk buku peribahasa dengan melihat satu per satu entri peribahasa dalam buku tersebut. | Lain-lain | 20.07.2012 |
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih | Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
adakah sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat sangat, amat dan sungguh. contoh masakan emak amat enak sekali. masakan emak sangat enak sekali adakah katapenguat bebas boleh digunakan di hadapan atau belakang kata adjektif contoh Budak itu amat sombong budak itu sombong amat adakah ia boleh digunakan untuk manusia sahaja. bolehkah ia digunakan untuk benda dan binatang harap tuan/puan menjawap secepat mungkin. hubungi 0123857124 | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut. Kata penguat boleh digunakan pada manusia, haiwan, benda dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Sungguhpun Ali hidup dalam kemewahan, tetapi dia tidak pernah sombong terhadap orang lain. penggunaan sungguhpun dan tetapi sesuai ke? atau perlu digugurkan tetapi? ayat yang paling gramatis ialah? penggunaan koma dlm ayat tersebut betul ke? | Sungguhpun Ali hidup dalam kemewahan, dia tidak pernah sombong terhadap orang lain. - sungguhpun tidak diikuti dengan tetapi dan penggunaan koma dalam ayat itu melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 09.07.2008 |
1. Bolehkah tolong saya menyemak ayat ini betul atau tidak? Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu. Tolong berikan alasan. 2. Saya masih keliru dengan letaknya kata penegas -kah dalam ayat berikut. Berapakah kilo durian itu ? atau Berapa kilokah durian itu ? dan Berapakah lama kamu tinggal di sini ? atau Berapa lamahkah kamu tinggal di sini? 3. Yang manakah betul ? Minta/Tolong berikan perhatian dan "Minta / Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. 4. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda/ mereka berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. 3. | Sdr. Ming, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya benar-benar berharap supaya Sdr. dapat memberikan maklumat yang lengkap pada borang pertanyaan yang disediakan. Ayat ini, Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu, boleh dibaiki seperti ini- Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya sentiasa berwaspada apabila menerima tetamu- penulis atau pengucap tidak dapat memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan. bagi soalan kedua dan seterusnya jawapannya ialah, Berapa kilokah durian itu ?, Berapa lamahkah kamu tinggal di sini?, Tolong berikan perhatian dan "Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. Terima kasih. | Makna | 23.04.2009 |
Walaupun Marlia berasal daripada keluarga yang kaya tetapi dia tidak bersikap sombong kerana kekayaan keluarganya itu. munsyi, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan kerana? TK | Perkataan kerana boleh digantikan dengan perkataan dek atau oleh dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Makna Perumpaan Bak Bujang Jolong Keris | Bak bujang jolong keris bermaksud orang yang sombong kerana kekayaan yang baru diperoleh. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemanusiaan dalam karya sastera moden? | Nilai kemanusiaan dalam karya sastera ialah sifat atau sikap seperti baik, jahat, pemalu, sombong, berbudi bahasa dan sebagainya. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| sombong (adjektif) | Bersinonim dengan angkuh, bongkak, tinggi hati, congkak, pongah, riak, takbur, cakap besar, hidung tinggi, megah, aga, peteras, kocak, congah, bongak, uju, ujub, songor, songar, maghrur, hagas, leweh, panggak, umuk, agul-agul, anggak, gaduk, burakah, pondik;, | | Kata Terbitan : menyombong, menyombongkan, kesombongan, |
|
Puisi |
---|
|
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.
Lihat selanjutnya... |
|