Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin mendapatkan kepastian terhadap kata nama yang sesuai untuk orang yang terlibat sebagai moderator dalam sesi sesi bual bicara. Terima kasih. | Lazimnya moderator itu sendiri yang mengendalikan dan mengawal sesi perbincangan ataupun disebut juga pengantara. | Istilah | 05.04.2013 |
Apakah panggilan bagi seseorang yang menjadi pengacara pembentangan kertas kerja ? Adakah dpanggil pengerusi Pembentangan Kertas kerja atau fasilitator? atau moderator? Terima kasih. | Lazimnya Pengerusi Sesi Pembentangan yang mempengerusikan sesi tersebut. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAI | Ayat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAI | Tatabahasa | 09.04.2013 |
1) wajarkah pengajaran bahasa melayu di sekolah menggunakan bahasa dialek? 2) langkah DBP untuk mengelakkan penggunaan bahasa dialek dalam pengajaran bahasa melayu di skolah? | Pengajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah menggunakan bahasa baku atau standard kerana pengajaran di sekolah merupakan situasi rasmi atau formal. DBP sentiasa berusaha untuk menggalakkan dan memastikan bahasa baku digunakan di sekolah dengan mengadakan pelbagai kegiatan kebahasaan seperti forum, seminar, ceramah, kursus dsb. agar bahasa baku dapat dipraktikkan dalam sesi-sesi ini. | Lain-lain | 26.03.2008 |
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | 1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
Adakah sebarang pertandingan, kursus, sesi dialog,latihan dan seumpanya diadakan pada masa ini? | Kursus dan latihan dalam jabatan dikhususkan untuk staf DBP manakala pertandingan yang melibatkan penulisan bahasa dan sastera biasa nya disiarkan dalam akhbar tempatan.Sesi dialog tidak diadakan pada masa ini.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2008 |
Apakah istilah dalam bahasa melayu untuk sesi ice breaking? | Setakat ini tiada istilah dalam bahasa Melayu bagi kata "ice breaking". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, frasa "breaking the ice" membawa maksud "menghilangkan rasa kekok". Padanan yang sesuai dapat juga diberikan mengikut konteks. Misalnya, dalam konteks mesyuarat, sesi ice breaking ini lebih sesuai disebut sebagai sesi taaruf. | Istilah | 25.09.2013 |
Saya sedang menulis artikal untuk satu jurnal. Saya ingin mengetahui asal perkataan "nasihat". Perkataan ini dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermakna ajaran , petunjuk yang baik and peringatan. Adakah ini bermakna "nasihat" ini adalah sehala? ia itu "nasihat" DIBERIKAN kepada yang meminta "nasihat", tanpa ada perbincangan atau soal jawab? Saya ingin membandingkan "nasihat" dengan sesi kaunseling.. ada persamaan atau bagaimana? Terima kasih Siti Rokiah Calon Phd Bimbingan dan Kaunseling UTM Skudai | Seperti yang saudara maklumi nasihat ialah ajaran atau petunjuk yang baik, contohnya "... tidak mahu mendengar nasihat orang tuanya". Apa yang difahami daripada ayat tersebut nasihat berlaku dalam keadaan memberi nasihat, mendengar nasihat, semuanya berlaku satu hala. Nasihat berbeza dengan sesi kaunseling; sesi suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti seperti sesi kaunseling. Umum mengetahui bahawa sesi kaunseling berlangsung antara dua pihak. Untuk maklumat lanjut termasuklah asal kata dan makna secara terperinci sesuatu perkataan sila rujuk buku atau kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para sarjana. | Makna | 25.06.2009 |
Tuan , Ayat: Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat membeli belah itu untuk sesi.................... jawapan pilihan : uji bakat atau uji suara jawapan manakah betul ? | Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat beli-belah untuk sesi uji bakat. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Pengisytiharan. Adalah dengan rasminya diisytihar kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 Tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 Dan layak dianugerahkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. * mohon semak kesalahan atau kesilapan ayat. terima kasih. | Dengan rasminya diisytiharkan bahawa kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 dan layak dianugerahi Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. | Tatabahasa | 09.10.2012 |