Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Perkataan "campuran" adakah digunakan dihujung nama atau dipangkal nama. contohnya: campuran serbuk kunyit atau serbuk kunyit campuran, yang mana satu yang tepat. | Jawapan yang betul ialah campuran serbuk kunyit. Terima kasih. | Tatabahasa | 21.05.2008 |
Apakah beza tepung beras dengan serbuk beras putih? | Tepung beras ialah tepung yang diperbuat daripada beras dan lazimnya beras biasa (bukan beras perang), serbuk beras ialah benda yang berbutir-butir dan halus juga disebut tepung. Ini bermakna tepung beras dengan serbuk beras sama sahaja yang membezakannya ialah jenis beras. | Makna | 19.11.2014 |
apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan serdak dgn serbuk | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, serdak ialah debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk, manakala serbuk ialah benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;. | Istilah | 09.06.2009 |
Asalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya | Asalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya. Perkataan"menabur" bermaksud -menghamburkan supaya berselerak; kelihatan dengan banyaknya, bertaburan dan tidak sesuai untuk perbuatan yang dilakukan kepada ikan. Ayat yang betul ialah -Kakak mengaulkan ikan-ikan dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya. | Tatabahasa | 22.01.2014 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut. Mohon disediakan penerangan yang terperinci. "Serbuk besi paling tertarik pada/kepada kutub utara dan kutub selatan magnet." Dalam ayat ini, mana satukah penggunaan perkataan yang betul? "Pada" atau "kepada"? | Serbuk besi paling tertarik pada kutub utara dan kutub selatan magnet. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 275 (ayat 258). | Tatabahasa | 26.05.2016 |
Salam . Ayat di bawah boleh dikira sebagai ayat majmuk? Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi. Terima kasih. | Salam. Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi. Jawapan: Terdapat dua ayat yang digabungkan menjadi satu dalam contoh ayat yang saudara berikan. Oleh itu, contoh ayat tersebut ialah ayat majmuk. 1. Kami juga melihat cara-cara biji kopi diproses. 2. Biji kopi diproses menjadi kopi. | Tatabahasa | 29.08.2014 |
Syarikat saya mahu membuat papan iklan di pejabat saya. Saya mahu pastikan ejaan dan tatabahasa yang betul. Pihak tuan tolong nasihatkan kami untuk: "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" Kerjasama pihak tuan sangat sangat di harapkan. terima kasih. | Ejaan dan tatabahasa bagi frasa "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" betul. Bagi digunakan pada papan iklan pejabat, ejaan yang tepat ialah Pembungkus dan Pengedar Serbuk Makanan Kering" . | Lain-lain | 29.08.2013 |
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat. | Lain-lain | 08.06.2010 |
Salam satu Malaysia, Saya perlu buat papan iklan untuk premis saya. Saya mintak pihak tuan betulkan dan disahkan perkataan berikut: PENGEDAR SERBUK KOPI DAN TEH. Pihak MPJBT perlukan pegesaan dari pihak tuan Terima kasih | Untuk pengesahan bahasa, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan. | Lain-lain | 12.09.2013 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang tepat. (a) (Padat) penduduk di sesebuah raya boleh menimbulkan pelbagai masalah. (b) Serbuk (naik) dimasukkan ke dalam adunan roti. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |