Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul? | Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat, | Lain-lain | 22.03.2011 |
bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih.... | Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
Salam Tuan,, manakah yang betul, kempen antikutu sampah (antikutu satu perkataan), atau kempen anti-kutu sampah ( ada tanda sengkang) atau kempen anti kutu sampah ( tiada tanda sengkang) Mohon penjelasan segera tuan. Terima kasih. | Salam Encik Musa, Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. Dalam konteks perkataan di atas antikutu sampah perlu ditulis rapat. | Ejaan | 24.08.2012 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan al-Attas atau alAttas? Begitu juga dengan al-Arabiah atau alArabiah? Ini kerana ada sesetengah dieja rapat dan ada sesetengahnya diletakkan tanda sengkang. Begitu juga dengan nama Syed Muhammad Alsagoff. Adakah Alsagoff atau alSagoff atau al-Sagoff atau Al-Sagoff? Adakah penggunaan 'al' itu harus diletakkan tanda sengkang selepasnya atau tidak dan bagaimana pula dengan huruf 'A' adakah 'al' atau 'Al'? | Perkataan Arab "al-" yang diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tenda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran dan al-Attas, manakala kata nama am seperti alkisah dan alhasil dieja bersambung. | Ejaan | 28.08.2012 |
Adakah perkataaan "bertolak ansur" mempunyai sengkang (-) di tengah-tengah perkataan? | Ejaan yang betul ialah bertolak ansur, tidak ada tenda sempang ditengah-tengahnya. | Ejaan | 12.04.2012 |
Apakah ejaan yang betul apabila menggunakan sengkang? Al-Quran mungkin dieja sebagai al-Quran tetapi bagaimana penggunaan kata nama bagi nama-nama beberapa masjid di Malaysia. Ejaan yang mana betul atau lebih tepat - Masjid Al-Marbawi, al-Marbawi, Al-marbawi atau Al Marbawi atau Masjid As-Salam, as-Salam, As-salam atau As Salam? Terima kasih. | Biasanya apabila mengeja al-Quran dan yang seumpamanya, ejaan al menggunakan huruf a kecil. Oleh sebab ejaan al yang terdapat pada nama masjid ialah nama khas, ejaan tersebut dikekalkan. | Ejaan | 24.07.2012 |
assalamualaikum. soalan saya, Kata ganti diri ketiga untuk tuhan iaitu '-Nya' dieja dengan tanda sengkang atau tidak? Yang mana satu betul: Allah dan Rasul-Nya atau Allah dan RasulNya dan apakah sebab-sebabnya? | Apabila huruf kecil ditulis bersama-sama dengan huruf besar, tanda sempang digunakan seperti dalam perkataan Allah dan Rasul-Nya. | Ejaan | 07.04.2008 |
Salam Tuan, Adakah sosioekonomi dieja sebagai satu perkataan atau dua perkataan? Nampaknya istilah baru menggunakan sengkang antara sosio dan ekonomi. Yang mana betul? T. kasih | Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. | Ejaan | 17.11.2011 |
Bagaimanakah perkataan gabungan seperti berikut ditulis? 1) menyalah gambarkan 2) menyalah sampaikan 3) menyalah gunakan Sebagai 2 perkataan atau dengan sengkang atau digabungkan? | Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Oleh itu, ejaan yang betul ialah menyalahgambarkan, menyalahsampaikan dan menyalahgunakan. | Ejaan | 29.07.2011 |
Adakah perkataan kaya-raya merupakan kata ganda semu? Dalam sistem prpm menunjukkan dua bentuk ejaan kaya raya sekali: -kaya-raya -kaya raya (tanpa tanda sengkang) Yang manakah ejaan yang betul? | Ejaan yang betul ialah kaya-raya dan perkataan ini termasuk dalam kata ganda berentak sama seperti cerai-berai dan gotong-royong. | Tatabahasa | 29.05.2012 |