Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Maksud Perkataan "Selalu" - adakah bermaksud kerap atau boleh dimaksudkan sebagai "hari-hari" | Merujuk kepada Kamus Dewan, "Selalu" ditakrifkan sebagai : sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. jadi, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks. | Tatabahasa | 28.11.2007 |
Sering dan selalu digolongan kata tugas, oleh sebab kata tugas mengandungi pelbagai jenis kata, saya pohon tuan nyatakan 'sering dan selalu' termasuk dalam jenis kata yana mana satu. Terima karih | Sering dan selalu dikategorikan dalam kata bantu yang hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 258. | Tatabahasa | 29.04.2010 |
Tuan, antara ayat di bawah yang mana salah? 1. Mereka bersenam selalu di padang. 2. Mereka bersenam di padang selalu. | Ayat kedua salah kerana kata adverba (selalu) boleh hadir selepas atau sebelum kata kerja seperti dalam ayat pertama. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya. | Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
tanda koma perlu diletakkan dalam ayat di bawah atau tidak? 1a. Kamu selalu membuli saya, mengapa?" tanya Gani kepada Anuka. atau 1b. "Kamu selalu membulu saya mengapa?" tanya Gani kepada Anuka. atau 1a betul atau ayat 1b betul? mengapa? tq | 1a. "Kamu selalu membuli saya, mengapa?", tanya Gani kepada Anuka. (Ayat 1a betul sebagai ayat dialog) atau Mengapa kamu selalu membuli saya?, tanya Gani kepada Anuka. | Lain-lain | 25.04.2011 |
Kami selalu keliru penggunaan dari/daripada kerana ia boleh jadi tempat dan sumber. Contohnya: 1) keluar dari kereta / daripada kereta? 2)tersembur dari/daripada mulutnya. | Ayat yang betul ialah 'keluar daripada kereta' dan 'tersembur daripada mulutnya'. Untuk makluman, kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad. Sendi nama 'daripada' juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sumber atau asal kejadian sesuatu benda. | Tatabahasa | 20.10.2011 |
Saya selalu tentang penggunaan perkataan di antara dengan antara... | Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Kata di antara pula digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat yang mempunyai ruang atau jarak. Contohnya: Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya dan Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. | Tatabahasa | 03.07.2011 |
saya selalu mendengar frasa industri asas tani. apakah sebenarnya industri asas tani ini? | Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai indusri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan. | Lain-lain | 23.11.2006 |
Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
Tuan, saya selalu keliru dengan kata dari/daripada, seperti dalam ayat berikut yang manakah betul? (1)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARI mulut Adi tanpa disedarinya. (2)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARIPADA mulut Adi tanpa disedarinya. (3)Dia mahu mendengar sendiri DARI mulut Tina. (4)Dia mahu mendengar sendiri DARIPADA mulut Tina. (5)Madihah! Madihah! Panggilan DARI mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (6)Madihah! Madihah! Panggilan DARIPADA mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (7)"Kalau berubah bukan DARI hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah. (9)"Kalau berubah bukan DARIPADA hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah. (10)Berubah DARI perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (11)Berubah DARIPADA perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (12)Azeera duduk tidak jauh DARI mereka. (13)Azeera duduk tidak jauh DARIPADA mereka. (14)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARI hati yang ikhlas." (15)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARIPADA hati yang ikhlas." (16)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DALAM mimpinya. (17)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DI DALAM mimpinya. Terima kasih. | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. | Tatabahasa | 19.05.2012 |