Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ? | Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74). | Tatabahasa | 09.04.2010 |
Saya ditugaskan untuk menjerang air, sedangkan Rosli dan Hasyim mendirikan khemah. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Penggunaan kata hubung "sedangkan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata hubung, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252. | Tatabahasa | 21.07.2012 |
Mengapakah terdapat perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa yang dianggap tidak boleh digunakan ataupun menyalahi hukum Tatabahasa sedangkan perkataan tersebut dicetak dalam Kamus Dewan? Contoh: memperbaiki (memper + KA............ maka tidak boleh mempunyai apa-apa imbuhan di belakang pun)..sedangkan dalam Kamus Dewan wujudnya perkataan tersebut. Banyak lagi...contoh "memperluaskan"....??? Diharap boleh mendapat penjelasan | Kami akui terdapat beberapa ayat contoh bagi beberapa entri dalam Kamus Dewan menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana ayat contoh tersebut diambil daripada sistem data korpus dan data tersebut adalah dalam bentuk asli, iaitu sama seperti teks asal. | Lain-lain | 31.10.2011 |
Tuan untuk ayat berikut, perkataan yang mana paling tepat? Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan ............... sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat. A dia B diri C dirinya | Jawapan yang betul ialah A dia (Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan dia sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat.) | Tatabahasa | 07.06.2012 |
kenapa dipersetujui betul? sedangkan diper..i hanya ada 4 perkataan saja boleh digunakan iaitu ingat,kawan,suami dan isteri? | Dipersetujui ialah bentuk pasif mempersetujui. Perkataan tersebut betul dan digunakan dalam ayat pasif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri kata setuju. | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Kenapa ejaan dikemaskinikan perlu dirapatkan sedangkan kemas kini adalah kata majmuk | kemas kini ialah kata majmuk yang dieja dua perkataan. Apabila kata majmuk ini menerima apitan pada awal dan akhir kata (di-...-kan) maka terbentuklah dikemaskinikan, jika hanya menerima awalan sahaja seperti dikemas kini ejaannya masih dua perkataan. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa? | Saudara, Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor. Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). | Tatabahasa | 13.08.2010 |
salam... kenapa perkataan 'universiti' diesebut "yuniversiti' sedangkan perkataan 'ular' tidak disebut 'yular'? terima kasih.. | Saudara, Untuk makluman saudara, dalam sistem sebutan baku bahasa Melayu, perkataan bahasa Melayu sama ada perkataan Melayu jati atau serapan disebut mengikut ejaan perkataan tersebut. Oleh itu, perkataan universiti disebut u.ni.ver.si.ti. bukan yu.ni.ver.si.ti. | Tatabahasa | 13.10.2010 |
Mengapa perkataan 'koir' tidak dieja 'kuayer' sedangkan bahasa Melayu lebih menekankan aspek bunyi dalam pengucapannya ? Bunyi 'koir' ialah ko+ir (koir) bukannya kuayer. Perkataan Inggeris ini harus dieja dan dimelayukan menjadi 'kuayer'. | Koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan. | Istilah | 08.12.2009 |
Tn, kenapa "di bantah" harus dijarakkan sedangkan "bantah" adalah kata kerja dan "dipukul" pula boleh bersambung yang nama pukul juga kata kerja? Sila bagi nasihat dan panduan tentang penggunaan "di". Jasa baik pihak tuan "di dahului/didahului" ( sila pilih dan beri alasan ) dengan ucapan ribuan terima kasih. | Untuk pengetahuan tuan/puan, ejaan yang betul untuk 'di-ban-tah' ialah 'dibantah'. Ejaannya bukan dijarakkan seperti yang tuan/puan nyatakan. Begitu juga dengan ejaan 'di-pu-kul'. Ejaan yang betul ialah 'dipukul' kerana pukul ialah kata kerja. Untuk keterangan lanjut tentang persoalan atau permasalahan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.12.2008 |