Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana betul: 1) sebarang buku atau 2) sebarang buku-buku? Bolehkah kita gunakan kata berganda selepas perkataan "sebarang"? Terima kasih. | Sebarang buku sahaja memadai, tidak perlu digandakan. Sebarang di sini bermaksud "mana-mana" atau dalam bahasa Inggeris "any". | Tatabahasa | 07.01.2010 |
Yang mana betul: 1) sebarang ubat atau 2) sebarang ubat-ubatan? Jika kita tidak boleh gunakan "sebarang ubat-ubatan" harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih. | Sebarang ubat sahaja memadai, tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 07.01.2010 |
sebarang artikel mengenai impak penggunaan english dalam subjek sains dan matematik kepada bahasa, budaya dll. segala informasi amatlah dihargai | Sila rujuk bahan ini : 1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik: mengapa patut ditolak Awang Sariyan Dewan Bahasa 01/08/2002. 2. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik - Pelita Bahasa 01/07/2002 3. Forum Penggunaan Bahasa Inggeris Mawar Shafei Pelita Bahasa 01/04/1995 | Lain-lain | 31.07.2007 |
saudara, bolehkah sekiranya saya ingin menghantar sebarang karya kepada sebarang majalah terbitan DBP hanya melalui e- mail? | Karya boleh dihantar melalui e-mel. Alamat e-mel editor ada dalam majalah. | Lain-lain | 27.10.2007 |
Assalamualaikum. Mohon semak: PEMBERITAHUAN SILA LETAK KERETA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TERHADAP KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN SEBARANG KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM Terima kasih. | Waalaikummussalam.. PEMBERITAHUAN: SILA LETAK KENDERAAN ANDA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM. YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM. | Tatabahasa | 07.12.2012 |
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN. | Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Adakah sebarang pertandingan, kursus, sesi dialog,latihan dan seumpanya diadakan pada masa ini? | Kursus dan latihan dalam jabatan dikhususkan untuk staf DBP manakala pertandingan yang melibatkan penulisan bahasa dan sastera biasa nya disiarkan dalam akhbar tempatan.Sesi dialog tidak diadakan pada masa ini.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2008 |
Adakah wujud sebarang peraturan dalam menulis frasa nama yang menyatakan masa? Misalnya: 1. "pada Jumaat petang" atau "pada petang Jumaat"? 2. ataupun "pada waktu petang hari Jumaat"? | Frasa yang betul ialah "pada petang Jumaat" kerana kata sendi nama pada lazimnya digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, sama seperti pada hari Jumaat. | Tatabahasa | 02.04.2012 |
Saya ingin bertanya juka terdapat sebarang keperluan atau stipulasi akta dewan bahasa dan pustaka untuk mendapat sebarang kelulusan untuk penerbitan penterjemahaan piawaiaan perakaunan Malaysia. | Tidak ada peruntukan yang berkaitan dengan kerja penterjemahan dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03- 41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381. | Lain-lain | 09.08.2011 |
adakah alamat saya penting untuk sebarang penggunaan laman web ini | Alamat tidak wajib diisi kecuali nama dan e-mel tuan untuk tujuan perekodan dan pengesahan diri serta memudahkan pihak kami untuk menghubungi pihak tuan sekiranya ada sebarang persoalan. | Lain-lain | 05.01.2011 |