Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mana ayat yang betul?kami lari laju bawa bola sama-sama atau kami sama-sama lari laju bawa bola.. | kami lari laju bawa bola sama-sama.. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
enggang sama enggang, pipit sama pipit atau pipit sama pipit, enggang sama enggang. Yang manakah betul? Terima kasih | Dalam Kamus Peribahasa Bahasa Melayu: "Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang" dan "Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga". | Tatabahasa | 14.08.2011 |
TQVM Munsyi.... | Sama-sama | Lain-lain | 31.05.2011 |
TQVM MUNSYI | Sama-sama. | Lain-lain | 31.05.2011 |
Salam...terima kasih diatas bantuan yang diberikan. Namun begitu saya masih lagi keliru dengan terma 'food deserts'. Bersama-sama -sama ini saya sertakan ayat berkaitan ' People who live in food deserts often have no option but to rely on smaller stores where prices are higher and the quality and variety of fresh food is more limited' Apakah terma yang sesuai digunakan bagi menjelaskan food deserts bagi ayat di atas. Terima kasih | Untuk makluman istilah food desert tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan cultural desert yang padanan bahasa Melayunya ialah ketandusan budaya. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk food desert ialah ketandusan makanan. Dalam konteks ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan ialah kawasan ketandusan makanan. | Istilah | 20.05.2011 |
6. Penggunaan kata pemeri yang betul "ialah", manakala kata merupakan digunakan bagi maksud melambangkan atau menggambarkan. Terima kasih atas penjelasan DBP pada 13.10.11. Berhubung soalan ke-6 : | Sama-sama | Tatabahasa | 19.10.2011 |
Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul? | merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Bersama-sama dengan ini @ Bersama-sama ini... Sehubungan itu, @ Sehubungan dengan itu, Mohon dijelaskan dalam laras bahasa surat disebabkan berlaku kecelaruan dalam surat-menyurat. Tk. | Frasa yang betul ialah "Bersama-sama... ini" dan "Sehubungan dengan itu," | Tatabahasa | 30.05.2012 |
Terima kasih kerana telah menjawab soalan tentang Tempat-tempat lain. Tetapi saya masih ingat, Cikgu saya mengajar "lain-lain tempat". Adakah kerana hukum ini telah berubah atau saya telah salah diajar sebelum ini? | Sama-sama saudari Sabrina. Penggunaan frasa yang betul ialah 'tempat-tempat lain' Hal ini kerana frasa tersebut perlu mematuhi hukum D-M. Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : tempat-tempat (diterangkan) lain (menerangkan); guru(diterangkan)bahasa (menerangkan); lampu(diterangkan) minyak (menerangkan). Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 376 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2012 |
Mohon penjelasan tuan; 1. Mereka bersama-sama makan makanan itu. 2. Mereka makan makanan itu bersama-sama. 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama. Ayat yang mana betul ? | Ayat yang betul ialah: 2. Mereka makan makanan itu bersama-sama; dan 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama. | Tatabahasa | 21.02.2012 |