Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya sama ada perkataan menemu ramah ditulis seperti di atas atau menemuramah. Ini kerana apabila saya merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat ia ditulis seperti menemu ramah. Manakala apabila saya ingin mendapat kepastian dan menggunakan khidmat nasihat DBP online, saya dapati ejaan tersebut dieja seperti menemuramah dan terkandung dalam Dewan Pelajar. Justeru itu, saya ingin mendapat kepastian berhubung perkara tersebut. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah menemu ramah. Perkataan temu ramah dieja sebagai dua perkataan dan apabila menerima imbuhan meN menjadi menemu ramah. | Ejaan | 23.06.2008 |
perkataan ramah mesra atau rahmah mesra | Yang betul ialah ramah mesra. | Ejaan | 04.06.2009 |
Adakah ' Majlis Ramah-tamah' kata nama khas? | 'Majlis Ramah-tamah' bukan kata nama khas. | Istilah | 03.03.2010 |
Assalamualaikum. Antara dua perkataan ini, mana yang lebih tepat penggunaannya: 1. menemuramah ATAU menemu ramah 2. menemuramahnya ATAU menemu ramahnya Terima kasih atas bantuan pihak DBP. | Penggunaan yang betul ialah; 1. menemu ramah 2. menemuramahnya | Ejaan | 19.04.2011 |
12, Kerana dia bergaduh dengan adik saya, Salim tidak datang-datang ke ramah kami lagi .Tiada kesalahan Munsyi, adakah ayat ini gramatis? saya berpendapat bahawa ayat ini ayat songsang. kerana boleh letak di hadapan ayat, betulkah jawapan saya, munsyi? | Ayat itu betul. Ayat songsang juga ayat gramatis. Sila rujuk buku tatabahasa sebagai panduan untuk membina ayat dengan gramatis. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
Salam, Adakah dibenarkan dalan tatabahasa Melayu untuk kita menggunakan "hyphenated words" spt "printer-friendly" > "pencetak-ramah pengguna" dsb. TK | Tanda sempang lazimnya digunakan dalam kata ganda seperti rama-rama dan rumah-rumah. Istilah yang kami cadangkan bagi printer friendly ialah pencetak mesra pengguna (tidak perlu tanda sempang). | Ejaan | 27.12.2011 |
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih | 1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan. 2. Latihan bergayut pada tali. 3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 4. Sungguh indah nian pemandangan. 5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik. 6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini. 7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah. | Tatabahasa | 10.09.2012 |
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasih | Lazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih. | 1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan. bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 05.05.2008 |