Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
definisi sepak raga?? | Sepak raa sama dengan sepak takraw iaitu sejenis permainan dengan bola raga yang memakai jaring di tengah gelanggang. | Makna | 11.09.2009 |
boleh tak beritahu tentang permainan sepak raga... | | Lain-lain | 14.03.2008 |
Olahraga atau olah raga? | Ejaan yang betul ialah olahraga. Untuk mengetahui ejaan kata majmuk yang telah mantap, sila rujuk Tatabahasa Dewan edisi terkini. | Tatabahasa | 10.12.2008 |
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM? | Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan. Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah. Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.
| Tatabahasa | 23.09.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata raga |
|
Puisi |
---|
|
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.
Lihat selanjutnya... |
|