Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud 'daun pintu'? | Bahagian pintu yang dibuka dan ditutup. | Tatabahasa | 02.11.2009 |
'SILA GUNA PINTU DI SEBELAH' @ 'SILA GUNAKAN PINTU DI SEBELAH' YANG MANA SATU YANG TEPAT PENGGUNAAN TATABAHASANYA? | 'SILA GUNAKAN PINTU DI SEBELAH' lebih tepat. | Tatabahasa | 13.11.2008 |
Apakah penjodoh bilangan untuk pintu masuk. Contoh: Ada tujuh ___ pintu masuk ke bangunan itu. Terima kasih. | Saudara/saudari, Jawapan bagi penjodoh bilangan untuk pintu adalah 'buah'
| Tatabahasa | 24.08.2012 |
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih. | 1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya. 2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil 3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah. | Tatabahasa | 30.05.2009 |
Yang mana lebih tepat: a) "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. b) "Umaimah, buka pintu cepat!" suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. | "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Salam sejahterah, Tuan; Ayat-ayat yang berikut, manakah yang betul dari segi penggunaan kata perintahnya? 1. Tolong ketuk pintu sebelum masuk. 2. Sila ketuk pintu sebelum masuk. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul 'Sila ketuk pintu sebelum masuk.' | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi menggigit-gigit? Ayat ini betul atau tidak? Terima kasih. | Bidin duduk di pintu rumahnya menggigit-gigit pangkal cerut - ayat ini betul kerana mengigit-gigit dalam ayat ini bermaksud menggigit sedikit-sedikit atau disebut juga mengunggis. | Tatabahasa | 05.02.2010 |
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih. | Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding. | Tatabahasa | 30.07.2009 |
1. Adik jatuh sakit ,kerana keracunan makanan. / Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen ,sambil meminum air. / Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu ,lalu memasuki kelas. / Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Ayat/tanda baca yang betul; 1. Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan. 3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya. | Tatabahasa | 14.07.2012 |