Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah frasa berikut gramatis? 1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Selain "rakyat", apakah perkataan lain yang tidak tidak boleh digandakan? | 1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Kedua-dua contoh penggunaan kata ganda tersebut tidaklah salah dan jika ditulis "peristiwa itu ...", "perkara lain akan dibincangkan juga" jua tidak menjadi satu kesalahan. Namun dalam penggunaanyan seumpama ini; "peserta seminar", "negara anggota pertubuhan" kata peserta dan negara tidak perlu lagi digandakan kerana seminar dan pertubuhan telah menunjukkan jamak. | Tatabahasa | 01.10.2009 |
Pelan ini memastikan anda terus dilindungi untuk peristiwa-peristiwa yang tidak diingini. "untuk" peristiwa atau "daripada" peristiwa, yang mana betul? | Pelan ini memastikan anda terus dilindungi daripada peristiwa yang tidak diingini. | Tatabahasa | 01.08.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan peristiwa bahasa?Boleh berikan contoh-contohnya | Secara umumnya peristiwa bahasa bermaksud peristiwa yang dikaitkan dengan isu-isu bahasa dan memberi kesan kepada perkembangan/status bahasa seperti Kongres Bahasa Kebangsaan. | Makna | 30.10.2010 |
Peristiwa itu meninggalkan kesan yang amat dalam di hatinya. munsyi, adakah di sesuai digunakan , TQ | jawapan yang betul di hatinya. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Peristiwa apakah yang menyebabkan DBP memilih tarikh 16 Ogos 1977 untuk menerbitkan Risalah Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia? | Peristiwanya adalah pada 16 Ogos 1972, bukan 1977 sempena kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas-asas yang dipersetujui antara para ahli dari kedua-dua negara tentang ejaan baharu atau ejaan yang telah disempurnakan dan merasmikan pelaksanaan ejaan tersebut melalui pengumuman oleh Menteri masing-masing pada waktu yang sama. | Lain-lain | 25.06.2008 |
Selamat Petang. Saya ingin memastikan sama ada kata dasar berikut betul : 1) peristiwa --> kata dasar peristiwa 2) perpaduan --> kata dasar padu Selain itu, ayat aktif bila bertukar kepada ayat pasif yang subjeknya Kata Ganti Nama Diri I atau II, bagaimana kita boleh pastikan mesti guna imbuhan -kan pada kata kerja atau tidak. Misalnya : 1) Lagu 'Negaraku' kami nyanyikan. 2) Buku cerita itu saya baca. Terima kasih. | 1. Kata dasar yang betul ialah peristiwa dan padu. 2. Lihat pada ayat aktif (tidak semua ayat aktif boleh dipasifkan), contohnya: Kami nyanyikan lagu Negaraku, maka ayat pasif menjadi "lagu Negaraku kami nyanyikan". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 462. | Tatabahasa | 15.07.2011 |
boleh berikan contoh yang sesuai dengan perkataan collaboration? Jabatan ingin menggunakan ayat 'The event that have collaboration with us will get....' Pemahaman kami di sini adalah kerjasama dalam menjalankan peristiwa. Kerjasama di sini lebih kepada pengurusan peristiwa tersebut. Jika peristiwa sebagai contoh seminar, dan ada penceramah dari pihak kami, adakah itu mencapai maksud 'collaboration?' | Padanan makna collaboration ialah kerjasama. | Istilah | 11.05.2011 |
apakah maksud alku dan rentetan peristwa? | Alku bermaksud orang yang mencari pelacur untuk pelanggan lelaki (atau sebaliknya), atau disebut juga barua, manakala rentetan peristiwa bermaksud beberapa peristiwa yang berlaku berturutan (satu demi satu). | Makna | 30.06.2009 |
Apakah itu konsep peristiwa bahasa? | Secara amnya peristiwa bahasa merujuk kepada sesuatu kejadian yang berkaitan dengan perkembangan bahasa. | Lain-lain | 04.11.2010 |
apakah maksud kronologi? | Kronologi ialah susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. | Makna | 11.07.2012 |