Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah betul? `Perkara ini harus diberi perhatian.` ATAU `Perkara ini harus diberikan perhatian`? Kedua-dua ayat ini nampaknya ialah ayat pasif. Bagaimanakah ragam ayat aktifnya? Terima kasih . | Ayat aktifnya ialah seseorang harus memberi perkara ini perhatian. | Tatabahasa | 10.04.2009 |
penggunaan tanda baca: a)"Diam, tolong beri perhatian semasa saya mengajar!" kata Puan Azizah. b)"Diam! Tolong beri perhatian semasa saya mengajar," kata Puan Azizah. mana yang betul? | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Diam, tolong beri perhatian semasa saya mengajar!" kata Puan Azizah. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
memberi perhatian diikuti dengan "kepada" atau "terhadap"? Jika kedua-dua boleh digunakan, apakah perbezaannya? Sekian, terima kasih. | Walaupun terhadap juga bermaksud kepada, namun lazimnya kita menggunakan frasa "memberi perhatian kepada". Kata sendi nama kepada digunakan untuk sasaran, maka frasa perhatian kepada + sasaran. | Tatabahasa | 21.02.2013 |
....Atas perhatian daripada bapa, kita harus mengenang jasanya. Adakah penggunaan kata sendi nama (daripada) itu perlu wujud dalam ayat di atas. | Ayat tersebut betul. | Lain-lain | 29.07.2010 |
Mohon perhatian, mana yang betul (penulisan): Harga buku itu dua setengah ringgit. Harga buku itu dua ringgit setengah. Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen. | Yang paling tepat ialah - Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen. | Lain-lain | 23.04.2010 |
Mohon pengesahan tuan, adakah betul penggunaan perkataan 'di atas' untuk kerjasama/sumbangan/ perhatian? Atau sekadar 'atas' sahaja? Sekian, terima kasih. | Mohon pengesahan tuan, adakah betul penggunaan perkataan 'di atas' untuk kerjasama/sumbangan/ perhatian? Atau sekadar 'atas' sahaja? Sekian, terima kasih. Penggunaan yang betul ialah 'atas kerjasama/ atas sumbangan / atas perhatian. Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja' dan '...di kampung'. | Tatabahasa | 29.05.2013 |
perkataan ingin menarik perhatian boleh diguna pakai untuk surat jemputan rasmi | Ungkapan 'ingin menarik perhatian' boleh digunakan dalam surat rasmi. | Tatabahasa | 07.11.2007 |
Mohon pandangan tuan/puan, yang mana satu antara berikut adalah betul penggunaannya: 1. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan di atas perkara ini didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih 2. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih." | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Yang manakah cara memulakan ayat yang betul dalam surat rasmi kerajaan : Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan berhubung perkara yang tersebut di atas. | Penggunaan yang betul ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas ..." atau "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...". Ungkapan "saya diarah menarik perhatian tuan" tidak perlu digunakan kerana apabila ketua mengarahkan kita menjawab surat tersebut bermakna kitalah yang perlu mengambil tanggungjawab menjawab surat atau menarik perhatian penerima surat tentang perkara tersebut. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Perkataan yang manakah paling sesuai? Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang? | Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Kedua- duanya betul. Yang paling sesuai ialah orang ramai. Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang? Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. | Tatabahasa | 21.09.2012 |