Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
tuan penjaga gol itu berjaya menguit bola itu keluar sekali gus berjaya menyelamatkan pasukannya. (adakah kesalahan dalam ayat ini, tuan. tq) | Menguit bermaksud menyentuh dan menggerakkan sesuatu dengan jari dan tidak sesuai untuk ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Pasukan bola sepak Piala Tiger itu menjadi juara kerana kemahiran penjaga golnya mengawal pintu gol daripada dibolasi pihak lawan. Apakah kesalahan ayat di atas? jawapannya "kemahiran" tetapi saya tidak faham mengapa "kemahiran penjaga gol" tidak boleh digunakan dalam ayat ini. | Kecekapan penjaga gol lebih tepat digunakan dalam dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
soalan peperiksaan ini berdasarkan gambar- seorang penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi . pemain bola daripada pasukan lawan dalam aksi menendang bola. ayat soalan begini- Pemain bola menendang bola ______ (kepada atau ke) penjaga gol. Mana satu yang paling tepat? | Melihat kepada penerangan yang diberikan penggunaan kata sendi nama yang betul ialah 'kepada' kerana merujuk sasarannya 'penjaga gol'. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 13.03.2012 |
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global 2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami. 3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul | Istilah | 19.03.2013 |
Adakah tanda baca bagi ayat di bawah betul? 1. Apabila Hawa melahirkan Kain, dia mengisytiharkan, "Aku telah memperolehnya!" 2. Dan dia berkata, "Aku tidak tahu. Apakah aku penjaga adikku?" (Kej. 4:9). Sekian, terima kasih. | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, ayat pertama yang dikemukakan oleh saudara boleh digunakan. ayat kedua pula, sebaiknya -" Aku tidak tahu apakah aku penjaga adikku?". Terima kasih. | Lain-lain | 08.12.2006 |
salam. adakah sentri dan santri mempunyai maksud yang sama. terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sentri ialah penjaga, pengawal, manakala istilah santri pula digunakan dalam bidang antropologi. | Istilah | 12.06.2010 |
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis | 1. Wajah pesakit kanser itu pucat. 2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa. 2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat). a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar. Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas. b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
| Tatabahasa | 13.03.2013 |
Terjemahan perkataan Officer In-Charge kepada bahasa Melayu | Istilah bahasa Melayu untuk officer-in-charge ialah pegawai penjaga. | Istilah | 01.02.2012 |
1.Apakah perbezaan antara perkataan betul dan benar 2. Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat ? | Kata benar dan betul boleh berfungsi sebagai kata pembenar atau kata penguat bergantung pada kesesuaian ayat. Jika ayat 'Benar, kamilah penjaga kanak-kanak ini' (kata pembenar) dan 'Keputusan peperiksaannya buruk betul' (kata penguat). Untuk makluman saudara kata benar dan betul adalah kata penguat belakang, manakala sungguh adalah kata penguat hadapan dan kedua-dua kata penguat (hadapan dan belakang) tidak boleh hadir dalam satu ayat. | Tatabahasa | 06.02.2013 |
apa maksud waris kadim | Kadim ialah kerabat, saudara yg dekat. Sekadim pula ialah seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); saudara ~ saudara seayah. Waris pula ialah 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanak-kanak tersebut? | Makna | 30.12.2009 |