Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dalam media pengiklanan, kebiasaanya pengusaha - pengusaha memandang enteng akan kepentingan Bahasa Melayu dalam iklan komersial mereka. Mereka lebih mengutamakan nilai komersial dan keuntungan daripada menitikberatkan soal Bahasa Melayu itu sendiri. Saya telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk ini pada hari khamis ini. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk membantu saya. Antara soalan yang ingin tuan kupaskan; 1) Tahap pencemaran Bahasa Melayu dalam iklan, sama ada dalam media elektronik mahupun media cetak. 2) Bahasa rojak dalam iklan. Adakah dibenarkan? 3) Pendapat pihak tuan sendiri mengenai isu ini. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Untuk menjawab pertanyaan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan rujukan yang pelbagai. Kami cadangkan saudara rujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan perpustakaan lain di IPTA dan dapatkan kertas kerja seminar yang berkaitan. Untuk makluman, DBP pernah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak, Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Seminar Antarabangsa Linguistik dan pelbagai seminar lagi yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 10.10.2010 |
Terdapat pengusaha menggunakan perkataan seperti "Restoran Sakai"..adakah menjadi kesalahan dari segi bahasa memandangkan pengusaha hanya menggunakan ayat tersebut sebagai gimik sahaja. | Untuk makluman, perkataan sakai bermaksud 1. nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya) 2. nama untuk suatu kaum daripada orang asli, Senoi 3. orang suruhan, hamba, pengikut. Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan tersebut adalah salah. Perkataan RESTORAN biasanya dikuti oleh jenis makanan yang dijual. Contohnya, RESTORAN MAKANAN LAUT atau RESTORAN MAKANAN JEPUN. | Makna | 07.10.2011 |
pengusaha restoran itu dikehendaki -------------- daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. apakah jawapan yg paling sesuai.. memberhentikan atau menghentikan.. | Perkataan yang paling tepat ialah "berhenti". Pengusaha restoran itu dikehendaki berhenti daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. | Tatabahasa | 28.10.2013 |
Selamat pagi, Baru-baru ini, sebuah pengusaha makanan francais menggunakan Sensasi Delight sebagai nama bagi promosi resipi terbaru mereka. Soalan saya, adakah nama ini dibenarkan penggunaannya untuk tujuan pengiklanan? Adakah penggunaan bahasa campuran menjadikan ianya tidak sah digunakan bagi tujuan pengiklanan? Berbangkit daripada soalan diatas, syarikat kami pula ada mencadangkan nama Rasalicious Roaster bagi sebuah pengusaha makanan francais yang lain yang mempromosikan ayam panggang sebagai menu utama. Rasalicious Gabungan Rasa + cedokan licious dari Delicious = Sedap Roaster Panggang Soalan saya, adakah Rasalicious Roaster sah digunakan sebagai nama produk bagi tujuan pengiklanan kami? Harap pihak Tuan dapat membantu menjawab persoalan saya ini. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan ini tidak boleh diterima kerana kedua-duanya mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa rojak. Perkataan sensasi delight boleh digantikan dengan hidangan sensasi dan rasalicious digantikan dengan rasa enak. | Tatabahasa | 20.06.2008 |
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih. | 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan .... 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.
| Tatabahasa | 17.10.2012 |
Tolong cari 1 kesalahan istilah dan 1 kesalahan tatabahasa bagi 2 ayat di bawah.Terima kasih.1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. | Soalan 1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka. Jawapan 1: Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran (syarikat) mereka. 2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. Jawapan 2: Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa / dari semasa ke semasa hingga mencapai satu tahap ynag dikehendaki. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
SAYA ADALAH SEORANG PENGUSAHA SALUN KECANTIKAN WANITA.. DBKL INGIN PASTIKAN PENGUNAAN PERKATAAN " SALUN KECANTIKAN WANITA " DI ATAS RUANGAN PAPAN IKLAN DI HADAPAN SALUN ADA LAH BETUL. DENGN INI , SAYA INGIN MENDAPAT SIJIL KEBENARAN DARI DBP UNTUK PENGUNAAN PERKATAAN TERSEBUT DI ATAS PAPAN IKLAN. | Frasa "Salun Kecantikan Wanita" adalah betul. Untuk tujuan pengesahan iklan sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan ikuti prosedur seterusnya. | Lain-lain | 14.11.2011 |
apakah maksud 'juragan' | Maksud juragan merujuk Kamus Dewan 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda) tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik). | Makna | 12.12.2006 |
INGIN MENGETAHUI MAKNA 'USAHAWAN' MENGIKUT TAKRIF DBP & PENGUNAAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan atau dikenali juga sebagai pengusaha. Berhubung penggunaannya dalam dunia perniagaan, saudara hendaklah merujuk buku-buku berkenaan bidang perniagaan. | Makna | 10.08.2009 |
Apakah penggunaan perkataan 'pegerai' itu betul bagi merujuk kepada orang yang membuka gerai untuk menjual barang-barang, makanan dan sebagainya? | Dari segi pembentukan kata, kata pegerai terbentuk apabila kata gerai menerima imbuhan peN seperti dalam kata pekedai. Walau bagaimanapun bagi maksud orang yang membuka gerai kata pengusaha gerai digunakan. | Tatabahasa | 13.01.2008 |