Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"Salam.boleh tak memberitahu saya ,contoh bina ayat untuk perkataan perkataan tersebut.hati,pemerhatian ,pemerhati,memanggang,menjerang.sekian terima kasih" | Pemerhatian: Asal usul penyakit itu diketahui setelah pemerhatian dan percubaan dijalankan. Pemerhati: Pemerhati politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri. Memanggang: ibu sedang memanggang ikan di dapur. Menjerang: Nenek menjerang sup ayam di dapur. | Lain-lain | 26.02.2013 |
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara? | Salam sejahtera. Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah : a. MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa. Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini. c. Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah sebuah majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi. d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. | Lain-lain | 09.09.2008 |
Salam sejahtera tuan atau puan di DBP Saya ingin sangat mengetahui apakan peranan utama Dewan Bahasa dan Pustaka ini dan bagaimanakan pihak DBP menjalinkan kerjasama dengan negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain dalam kegitan pemodenan dan perancangan bahasa Melayu ini. Diharapkan agar pihak DBP dapat berkong si serba sedikit tentang peranan DBP dan kerjasama serantau. Sekia | Dalam ruangan yang terhad ini sedikit maklumat yang dapat disampaikan tentang kerjasama kebahasaan serantau dengan negara anggota ASEAN. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Negara Singapura walaupun tidak menjadi ahli dalam Majlis tersebut tetapi turut sama menyumbangkan tenaga/ilmu sebagai anggota pemerhati. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Mabbim wahana kebahasaan serantau yang akrab, mantap dan berwibawa, DBP. 1992; Sekilas MABBIM, Pusat Bahasa (Indonesia), 2008; dan 25 Tahun MABBIM, terbitan DBP, juga artikel Mabbim menyatukan bahasa serantau, | Noresah Baharom, | Utusan Malaysia | 02.03.1998. |
| Lain-lain | 04.09.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
|