Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah penggunaan perkataan 'pegerai' itu betul bagi merujuk kepada orang yang membuka gerai untuk menjual barang-barang, makanan dan sebagainya? | Dari segi pembentukan kata, kata pegerai terbentuk apabila kata gerai menerima imbuhan peN seperti dalam kata pekedai. Walau bagaimanapun bagi maksud orang yang membuka gerai kata pengusaha gerai digunakan. | Tatabahasa | 13.01.2008 |
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'? | Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut: Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa). Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai). | Tatabahasa | 16.03.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| kedai (kata nama) | Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;, | | Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai, |
|
|