Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Kami berkelah di pantai. 2. Kami berkelah di tepi pantai. "di pantai" atau "di tepi pantai", mana satu yang betul? | Encik Yong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis. terima kasih | Makna | 30.10.2009 |
pantai Timur betul atau pantai timur? cth negeri2 pantai timur/Timur? budaya timur betul taua budaya Timur?? | Jika merujuk pada negeri-negeri pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, maka T ditulis dengan huruf besar. Begitu juga jika merujuk pada kata nama khas seperti budaya Timur, iaitu budaya daripada negara-negara Timur seperti China dan Jepun, T ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 30.01.2009 |
Salam...terima kasih atas jawapan yang diberikan.mohon tuan berikan pencerahan tentang huruf "p" pada kata nama khas yang ditulis dengan huruf kecil untuk perkataan "pantai Teluk Kemang" bagaimana dengan Pantai Cahaya Bulan, Pantai Chenang?harap tuan dapat membantu. | Kedua-dua perkataan pantai dieja dengan huruf kecil, pantai Cahaya Bulan dan pantai Chenang. Perkataan pantai merupakan kata nama am. | Tatabahasa | 13.05.2013 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil dalam nama khas. Contoh: a)lautan Pasifik atau Lautan Pasifik b)pantai Sendai atau Pantai Sendai c)loji kuasa nuklear Higashidori atau Loji Kuasa Nuklear Higashidori d)pantai utara Jepun atau Pantai Utara Jepun Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a) Lautan Pasifik b) Pantai Sendai c) loji kuasa nuklear Higashidori d) pantai utara Jepun. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Yang manakah betul? 1. di atas kerusi atau di kerusi 2. di tepi pantai / di pantai | Frasa yang betul ialah di atas dan di tepi pantai. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
Ali sekeluarga berkelah di __________. A pantai B tepi pantai C tepi laut | Ali sekeluarga berkelah di pantai/tepi laut. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
1. Yang mana betul: a. Saya bermandi di pantai bersama adik. b. Kami bermandi-manda di pantai. 2. Adakah mandi-manda termasuk dalam golongan kata nama, bolehkah diberi imbuhan ber menjadi bermandi-manda? | Mandi dan mandi-manda ialah perbuatan. Ayat Saya bermandi di pantai dan Kami bermandi-manda di pantai betul. | Tatabahasa | 02.02.2012 |
Tuan, yang manakah betul? Saya bermain bola di pantai ATAU saya bermain bola di tepi pantai. Saya makan nasi di atas meja ATAU saya makan nasi di meja ATAU ada jawapan lain yang lebih sesuai? | 1. Kedua-dua ayat 'Saya bermain bola di pantai.' dan 'Saya bermain bola di tepi pantai.' adalah betul. 2. Ayat yang betul ialah 'Saya makan nasi di meja.' | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Saya ingin tahu penggunaan perkataan yang mana betul : 1) Saya berkelah di tepi pantai, atau 2) Saya berkelah di pantai | Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis. | Lain-lain | 02.11.2010 |
Penggunaan Title Case di dalam ayat contohnya, Tragedi tsunami yang berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengorbankan banyak nyawa. Adakah Pantai Barat Semenanjung itu menggunakan Title Case jika digunakan di dalam ayat? | Jawapan yang diperlukan oleh saudara ialah Pantai Barat Semenanjung. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 19.12.2006 |