Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, apakah perbezaan bagi "membawa ke" dan "membawa kepada"? Terima kasih. | "Membawa ke" bermaksud membawa ke sesuatu tempat atau arah, manakala "membawa kepada" membawa sesuatu untuk diberikan kepada seseorang/organisasi dan lain-lain selain arah dan tempat. | Tatabahasa | 16.11.2011 |
Salam, ada perkataan lain untuk maksud perkataan Mengenengahkan ( ketengah ) trima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, mengetengahkan bermaksud membawa ke tengah atau menampilkan ke muka, mengenengahkan bermasuk menjadikan tengah. | Tatabahasa | 14.01.2010 |
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasih | Lazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan | 1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah). 2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
salam...tanda sempang (/), apakah kedudukan perkataan sebelum dan selepasnya? contoh: ibu membawa adik/abang ke kedai atau ibu membawa adik / abang ke kedai atau ibu membawa adik/ abang ke kedai | Tidak perlu dijarakkan seperti ibu membawa adik/abang ke kedai. | Ejaan | 14.09.2011 |
adakah kedua-dua ayat ini betul? a. ibu membawa beg hijau pergi ke kedai. b. ibu pergi ke kedai membawa beg hijau. terima kasih | Kedua-dua ayat ini ibu membawa beg hijau pergi ke kedai; dan ibu pergi ke kedai membawa beg hijau betul. | Tatabahasa | 14.10.2014 |
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan? | Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
1)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk balutan lukanya ditukarkan. 2) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan lukanya. Ayat yang manakah betul? | Jawapan yang betul ialah “Saya membawa emak ke hospital ini untuk menukar balutan lukanya.” | Tatabahasa | 11.07.2024 |
Saya membawa buku ke sekolah hari ini. Adakah perbuatan di atas sedang berlaku atau telah berlaku? | Ayat yang betul ialah “Saya membawa buku ke sekolah pada hari ini.” Merujuk ayat di atas, kedua-dua situasi, iaitu “sedang berlaku” dan “telah berlaku” adalah betul dan boleh digunakan bergantung pada situasi dan masa ayat tersebut diucapkan. | Tatabahasa | 10.07.2024 |
Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka. | Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain. | Tatabahasa | 05.10.2011 |