Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBEL | Istilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes. | Makna | 23.01.2007 |
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap | 1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif. 2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif. 3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif. 4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap. 5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif. 6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif. 7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Sila nyatakan dan jelaskan perbezaan antara "tindakan yang keterlaluan" dengan "tindakan yang berlebihan". | Isunya di sini ialah persamaan atau perbezaan makna antara keterlaluan dengan berlebihan. Keterlaluan bermaksud keadaan terlalu atau keadaan yang melampaui batas dan berlebihan pula bermaksud terlalu atau sangat banyak. Lazimnya "berlebihan" digunakan dalam menceritakan benda yang boleh dilihat secara fizikal, seperti dalam ayat: Membaja pokok secara berlebihan tidak mendatangkan faedah dan Beras ada juga yang dieksport kerana berlebihan daripada keperluan tempatan. Oleh itu frasa yang tepat ialah "tindakan yang keterlaluan". | Makna | 04.06.2011 |
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan. | Makna | 17.02.2011 |
Salam, Apa yang dimaksudkan dengan 'ultra vires'? Contoh yang boleh di ambil mengenai 'ultra vires' di Malaysia pada peringkat kerajaan tempatan iaitu pihak berkuasa tempatan ialah..... Terima Kasih. | Saudara Luqman, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksudnya ialah melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yg sah seseorang, sesebuah badan dsb: sebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~, maka pihak yg terjejas akan mendapat penghakiman yg sewajarnya. Untuk mendapatkan contoh atau keterangan lanjut dari segi penggunaannya dalam konteks kerajaan tempatan, saudara bolehlah menghububgi pihak berkuasa tempatan di tempat saudara atau merujuk makalah undang-undang tentang perkara ini. | Makna | 23.07.2009 |
|
|