Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, selain kata majmuk yang telah mantap yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan, apakah lagi contoh lain kata majmuk yang telah mantap?Adakah silaturahim dikira sebagai kata majmuk mantap?Terima kasih. | Perkataan "silaturahim" bukan kata majmuk yang mantap. Kata majmuk mantap hanya seperti yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
salam.saya ingin bertanya bagaimana untuk membezakan kata majmuk yang telah mantap dan tidak. harap dapat menyertakan senarai kata majmuk yang mantap | Ada 14 jenis kata majmuk yang telah mantap, iaitu suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab. | Tatabahasa | 22.11.2011 |
Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB! | Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB! Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Senarai kekecualian dalam bahasa Melayu termaktub dalam buku pegangan untuk tatabahasa bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada rumus kekecualian, yang ada cuma senarai kekecualian seperti yang disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, dinyatakan kekecualian kerana tidak mengikut rumus dalam Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Bolehkan tuan senaraikan kata majmuk yang telah mantap (yang dieja satu perkataan). | Bentuk kata majmuk yang telah mantap hanyalah 15 sahaja iaitu antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya. | Tatabahasa | 09.12.2011 |
saya mohom untuk mendapat kesemua senarai kata majmuk yang telah mantap. | Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 24.02.2013 |
Salam, adakah 'cenderamata' dianggap sebagai kata majmuk bentuk yang telah mantap? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu hanya terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap iaitu, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Mohon senaraikan perkataan Bahasa Melayu yang dicantumkan, misalnya antarabangsa. Adakah perkataan warganegara (satu perkataan) atau warga negara (dua perkataan). | Perkataan tersebut ialah kata majmuk yang mantap. Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
jawapan atau jawaban yang mana satu betul? kewajiban atau kewajipan? terima kasih. | Dari segi pembentukan kata jawab + akhiran an menjadi jawaban. Tetapi ejaan jawapan sudah mantap digunakan. Begitu juga dengan kata wajib. Yang mantap digunakan ialah kewajipan. | Ejaan | 31.01.2008 |
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita. | 1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul? 2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan. 3. Ya. 4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari. 5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah. 6. Kedua-dua ibu bapa. 7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-... sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008. 8. Kedua-duanya betul. 9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. | Lain-lain | 20.12.2008 |
Adakah frasa di bawah lewah atau mantap ? Ada pandangan daripada sarjana bahasa menyatakan bahawa frasa di bawah tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu. 1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki 5. senak perut 6. pening kepala | Frasa yang berikut tidak gramatis, iaitu: 1. turun bawah 2. naik atas 3. hujan turun 4. jalan kaki; manakala frasa senak perut dan pening kepala telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| mantap (adjektif) | Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;, | | Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap, |
|
|