Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bagaimana cara penulisan jurnal? | Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah. Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan. | Lain-lain | 14.01.2009 |
Saya ingin bertanya sama ada Jurnal Bahasa masih diterbitkan. Kepada siapakah makalah boleh dihantar? | Jurnal Bahasa masih diterbitkan oleh DBP. Makalah yang ditulis untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa bolehlah dihantar kepada editornya, Zaiton Darois melalui emel zaiton6@dbp.gov,my | Lain-lain | 30.03.2010 |
Assalamualaikum Dewan Bahasa, saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk menghantar makalah (esei), bercorak kebahasaan dan liinguistik untuk disiarkan ke dalam Dewan Bahasa? | Tuan Qhay, kirimkan makalah tersebut melalui e-mel kepada saya, zaidi_i@dbp.gov.my . Sekiranya bersesuaian, akan disiarkan dalam terbitan bulan-bulan berikutnya. | Lain-lain | 11.05.2012 |
Saya berminat utk menulis artikel ilmiah bagi diterbitkan di majalah KANUN. Harap dapat menrangkan prosedurnya dan adakah ia hanya di dalam bahasa Melayu? T kasih. | Kanun, jurnal undang-undang terbitan DBP dalam bahasa Melayu. Jurnal ini memuatkan makalah undang-undang dan penghakiman kes. Makalah undang-undang yang diterima akan dinilai kesesuaiannya sebagai sebuah makalah akademik. Penghakiman kes pula diperoleh daripada mahkamah. Makalah undang-undang dalam bahasa Melayu manakala penghakiman pula pun diterjemahkan kepada bahasa Melayu sebelum disiarkan. | Lain-lain | 07.01.2010 |
Wah, cantik dan unik tiga ilustrasi cover Tunas Cipta. Saya ingin menghantar makalah bersifat kajian, dalam ruangan "TUMPUAN", berapakah format halaman yang ditetapkan? Selain itu, saya menghantar dua puisi dan bakal menghantar satu cerpen terbaru ciptaan saya. | E-melkan sahaja kepada saya, ghanig@dbp.gov.my berkenaan makalah berbentuk kajian, lebih elok jika menghantar PM FB sinopsis kepada saya dahulu untuk perbincangan awal. | Lain-lain | 17.06.2012 |
Asalamualaikum. Saya seorang pelajar separuh masa dalam bidang pendidikan BM di UKM. Saya memohon jasa baik tuan menerangkan cara-cara untuk membolehkan saya memuatkan artikel dalam majalan yang diterbitkan oleh DBP terutamanya majalah Jurnal Bahasa dan Dewan Bahasa. Terima kasih atas perhatian tuan | Terima kasih kerana berminat menyumbang makalah dalam Jurnal Bahasa. Makalah yang sesuai adalah yang berbentuk penemuan terbaharu dalam soal bahasa, melalui penyelidikan lapangan atau penyelidikan kepustakaan. | Lain-lain | 27.12.2009 |
Maaf sekiranya soalan ini berulang, saya kurang pasti. Bolehkah saya menghantar artikel dalam b.Inggeris untuk penerbitan mana2 majalah tuan dan bagaimana cara atau tindakan selanjutnya. Terima kasih | Bahagian Majalah menerima makalah dalam bahasa Melayu untuk pertimbangan penerbitan. Sekiranya makalah sdr. berbahasa Inggeris, sdr diminta menterjemahkannya ke bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.06.2007 |
Satu pertanyaan. Bagi makalah bagi ruangan TUMPUAN, dan LUAHAN MINDA, berapakah jumlah minima dan maksima format halaman ditentukan? | Sdr Khay Barbara bagi ruangan Tumpuan 8 halaman, Luahan Minda satu halaman. | Lain-lain | 22.06.2012 |
Bagaimana utk saya mencuba bakat dalam penghasilan puisi atau artikel? | Untuk mencuba bakat dalam penghasilan puisi atau makalah, sdr teruskanlah menghasilkannya dan menghantarkannya kepada editor majalah terbitan DBP. Majalah DBP yang menyiarkan puisi ialah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Pelita Bahasa. Alamat e-mel bagi masing-masing majalah ialah rozninah@dbp.gov.my mohidin@dbp.gov.my yusaida@dbp.gov.my zaidi_i@dbp.gov.my arruslan@dbp.gov.my armin@dbp.gov.my . Makalah yang disiarkan juga mengikut tema majalah masing-masing. Sekian, dan selamat berkarya. | Lain-lain | 27.02.2010 |
Salam, saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menghantar makalah untuk diterbitkan dalam Dewan masyarakat berhubung dengan sesuatu isu sosial negara dengan siapakah perlu saya berhubung dan bagaimana format dan prosesnya. terima kasih. | Sila hubungi editor Dewan Masyarakat, Mohd.Shukri Mohd. Ariff, shukri_m@dbp.gov.my | Lain-lain | 22.06.2010 |