Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'? | Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perbandingan yang tinggi; terlalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. | Makna | 22.07.2013 |
Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat, terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah. Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Adakan pemeggalan perkataan-perkataan dibawah berdasarkan suku kata betul? Adakan subutanya sama dengan pemeggalan suku kata? air - a ir ais - a is daun - da un main - ma in durian - du ri an , luar - lu ar halia - ha li a biola - bi o la, buaya - bu a ya bau - ba u Quran - Qur an beruang - be ru ang pakaian - pa kai an | Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, pemenggalan : air - air, ais - ais, daun - daun, main - main, durian - du.rian, luar - luar, halia - ha.lia, biola - bio.la, buaya - bua.ya, bau - bau, Quran - Qur. an, beruang - be. ruang, pakaian - pa.kaian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tersebut. | Istilah | 01.07.2010 |
Main Signboard | Penggunaan bahasa dalam iklan betul. Sila masuk ke ruangan khidmat pengesahan bahasa untuk mendapatkan sijil kelulusan DBP. | Lain-lain | 20.05.2013 |
MSB ROOM (MAIN SWITCH BOARD) | BILIK PAPAN SUIS UTAMA | Istilah | 03.03.2011 |
APAKAH MAKSUD "MAIN PERANAN" | Encik Razak, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Main Peranan mempunyai banyak makna. Walau bagaimanapun ia bergantung pada penggunaannya iaitu dari segi konteks dan situasi yang bagaimana. Namun makna secara umumnya ialah orang yang menjalankan tugasnya, biasanya tugas yang dijalankannya penting. Contohnya dia memainkan peranan yang penting dalam perbincangan ke arah penyelesaian isu tersebut. | Makna | 11.02.2009 |
hi. saya guru tadika. Baru -baru ini saya mendapati buku baru terbitan bahasa melayu untuk tadika ia punya suku kata sudah bertukar. seprti ini ma+in =main sebelum ini tetapi sekarang suku kata baca (main), du+ri+an=durian sebelum ini,tapiu sekarang suku kata nya baca du+rian=durian. lu+ar=luar sebelum .......(luar) sekarang. boleh beritahu yang manakah bacaan ,eja ,suku kata yang betul? | Ada dua perkara yang berbeza di sini, satu pemenggalan kata dan satu lagi sebutan, contohnya; main - pemenggalan kata/suku kata (ma+in), tetapi sebutannya (main), durian; suku kata (du+ri+an) sebutannya (du+rian), luar; suku kata (lu+ar) sebutannya (luar) | Tatabahasa | 20.11.2007 |
saya ada beberapa perkataan yang ingin tanya tentang suku katanya. ialah, main, suatu, tuan, siapa, akhir, kesian, tiada, dia, setiap, keluar, semua, ria, kemudian, buah. minta reply asap. tq. | Main, sua - tu, tuan, sia-pa, a-khir. Untuk menyemak sebutan dan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi. | Lain-lain | 07.05.2010 |
'Saya suka bermain bola' , saya biasanya nampak ayat ini dalam buku, adakah 'saya suka main bola' betul? Adakah sesetengah kata dasar boleh digunakan tanpa imbuhan, manakala ada kata dasar memerlukan imbuhan untuk menjadikan kata kerja yang bermakna misalnya main, renang? Bagaimana saya bilakah imbulan perlu digunakan? terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya suka bermain bola". Kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan ialah kata kerja tunggal. Kata kerja ini boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan dan kebanyakan kata kerja ini bersifat tak transitif. Contohnya ialah balik, pulang, datang, terbang, gagal, hancur, ikut, jaga, keluar, lahir, Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Murid-murid itu balik ke rumah. 2. Burung helang terbang di angkasa. 3. Dia lahir di Segamat, Johor. Untuk mendapatkan lanjut tentang perkara ini, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 150). | Tatabahasa | 05.08.2013 |
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih. | Saudara, 1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2. Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin. Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris. | Tatabahasa | 23.10.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata main-main |
|
Puisi |
---|
|
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main.
Lihat selanjutnya... |
|