Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
langkah langkah mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. | Langkah-langkah untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/bahasa kebangsaan i. Telah diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152. ii. dijadikan sebagai bahasapengantar sekolah aliran kebangsaan menginut Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. iii. Penubuhan DBP sebagai badan yang bertanggungjawab dalam membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, saudara digalakan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber yang banyak menyediakan bahan/buku berkaitan dengan perkara ini. | Lain-lain | 15.02.2009 |
contoh ayat: langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah penganiayaan kanak-kanak. Mana satu jawapan yang betul : langkah yang berkesan atau langkah-langkah yang berkesan | Jawapan yang betul ialah langkah-langkah yang berkesan. | Tatabahasa | 31.05.2013 |
Salam sejahtera, Apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu diimplementasikan demi mengatasikan masalah ini? Persoalannya, adakah ayat di atas dianggap gramatis? | Ayat yang betul ialah Apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu diimplementasikan demi mengatasi masalah ini? | Tatabahasa | 29.07.2010 |
Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu pada masa ini? Apakah faktor-faktor utama kemerosotan penggunaan dalam bahasa melayu? | Banyak langkah-langkah yang sesuai boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu (BM) pada masa kini antaranya aktiviti Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak bertahun-tahun dahulu sehingga kini. Kecenderungan masyarakat mengagung-agungkan bahasa Inggeris (BI) dalam berbagai bentuk adalah antara punca kemerosotan penggunaan BM dan ditambah lagi dengan sokongan pihak berwajib dalam penguatkuasaan penggunaan BI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel-artikel yang berkenaan yang telah terbit di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan bagi menjawab persoalan tuan/puan. | Lain-lain | 15.10.2008 |
tolong semakan perenggan ayat ini dan beri panduan: Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan... | Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Antara langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ialah kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan Melalui kempen tersebut, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan penggunaan petrol kereta dapat dijimatkan. petrol = minyak drpd petroleum yg telah dibersihkan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin; minyak benzin. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
saya hendak tahu tentang makna istilah dan juga langkah-langkah membuat pengistilahan. | Istilah ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Langkah-langkah membentuk istilah baharu ialah dengan melihat konsep sesuatu istilah itu, sama ada konsep tersebut sudah ada atau konsep yang baharu. Jika konsep sudah ada, maka pemerolehan istilah dibuat melalui pemantapan atau pemadanan. Pemadanan istilah pula dilakukan dengan empat cara iaitu penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing serta gabungan penterjemahan dan penyerapan. Tetapi jika konsep sesuatu istilah itu belum ada, maka istilah yang baharu akan dicipta. | Lain-lain | 11.10.2006 |
assalamualaikum tuan,saya inginkan kepastian penggunaan frasa. i.antara langkah-langkah dan ii.antara langkah -yang mana satu betul? | Frasa yang betul ialah antara langkah. | Tatabahasa | 19.01.2012 |
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kita | Sila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998. | Lain-lain | 23.07.2007 |
langkah-langkah mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak | Menggalakkan penggunaan bahasa baku dengan lebih giat melalui lebih banyak pendedahan dan penyebaran maklumat tentang perkara ini. Ini boleh dilaksanakan melaui kegiatan kebahasaan kepada masyarakat awam dan swasta. | Lain-lain | 27.10.2006 |
JELASKAN LANGKAH - LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR PEMULIHAN KHAS. | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kami kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Kami mencadangkan saudara merujuk buku atau makalah yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 09.04.2013 |