Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, harap dapat nyatakan bila berlakunya KESILAPAN BAHASA dan KESALAHAN BAHASA? Bagaimana pula KESILAPAN ATAU KESALAHAN TINGKAH LAKU? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, makna kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Contoh Ayat: Kalau saya tidak silap, umurnya baru 30 tahun. Kesalahan pula ditakrifkan sebagai perihal salah, iaitu tidak benar, tidak betul, tidak tepat, tidak baik, tidak layak atau perbuatan yang menyalahi hukum. Oleh itu, kesilapan bahasa bermaksud kesalahan yang tidak disengajakan, manakala kesalahan bahasa pula dimaksudkan sebagai tidak tepat atau tidak betul. Kesalahan tingkah laku, iaitu perbuatan yang menyalahi hukum. | Tatabahasa | 12.06.2010 |
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ATAUPUN (B)kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Apakah perbezaan antara KESILAPAN dengan KESALAHAN? | Kedua-dua ayat (A) dan (B) betul. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna silap ialah tidak salah, tidak disengajakan; manakala makna salah ialah tidak benar, tidak betul. Kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Kesalahan dimaksudkan sebagai tidak benar, tidak tepat, tidak betul, menyalahi hukum. | Makna | 10.06.2011 |
|
|