Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
menurut kamus tatabahasa, 'banyak' perlu dibubuh di depan kata kerja. oleh itu, 1) Susu banyak mengandungi khasiat. dan 2) Susu mengandungi khasiat yang banyak. adalah ayat yang betul? Menurut hukum D-M pula, 1) Susu mengandungi banyak khasiat. Jadi, ayat manakah yang betul? Atau semua ayat tersebut boleh diterima? Terima kasih. | Banyak perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama. Ayat - Susu banyak mengandungi khasiat - betul, iaitu banyak + Frasa Nama. Ayat 2 - Susu mengandungi khasiat yang banyak, juga betul (bentuk pasif). Ayat 3 - Susu mengandungi banyak khasiat, tidak betul mengandungi merupakan Kata Kerja Transitif, oleh itu perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama sedangkan banyak merupakan Kata Adjektif. | Tatabahasa | 11.07.2008 |
1) Susu mengandungi banyak khasiat. ATAU 2) Susu banyak mengandungi khasiat. Terima kasih. | Mengikut struktur ayat dan Hukum D-M, menunjukkan ayat pertama betul, iaitu Susu mengandungi banyak khasiat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 16 dan Bab 17. | Tatabahasa | 10.07.2008 |
saya mahu bertanya, dari segi susunan ayat yang manakah yang betul? 1) Lebih banyak khasiat daripada yang anda dapat bayangkan atau 2) Lebih banyak khasiat daripada yang dapat anda bayangkan tolong jelaskan... terima kasih | Yang betul ialah lebih banyak khasiat daripada yang anda dapat bayangkan. | Tatabahasa | 13.01.2010 |
Saya ingin mendapat penjelasan terhadap bunyi perkataan yand mengandungi hurub 'KHA', adakah ia berbunyi 'KA' atau 'HA'? Contoh, 'KHASIAT', betulkah bunyinya 'KASIAT" atau 'HASIAT'? | kata khasiat disebut hasiat (tetapi ditebalkan sedikit sebutan suku kata ha tersebut),begitu juga dengan sebutan suku kata "kha" yang lain. | Lain-lain | 17.04.2008 |
Selamat sejahtera, Saya ada beberapa ayat yang hendak dikemukakan untuk mengetahui ayat-ayat itu betul ataupun tidak. 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. atau Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah atau Mukanya yang masam itu mengalamatkan dia sedang marah. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. | (Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.) Soalan: 1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh. Jawapan: 1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh. Soalan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini. Jawapan: 2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini. Soalan: 3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Jawapan: 3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting. Soalan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran. Jawapan: 4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.
| Tatabahasa | 17.03.2013 |