| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan. | Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti; 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
| PERKATAAN: BERI Salah satu makna perkataan beri ialah kenyal, menganjal. Soalan saya bagaimana menggunakan perkataan ini dalam sebuah ayat? Adakah ayat berikut betul menggunakan BERI: Saya membeli tilam ini meskipun mahal kerana sifatnya yang beri dan menjamin keselesaan. | Kami tidak menemukan contoh ayat yang menggunakan perkataan "beri" bagi maksud menganjal. Dengan merujuk silang Kamus Dewan Perdana (kamus terkini), perkataan beri dengan maksud menganjal tidak lagi dirakamkan dalam entri. Oleh itu, dalam konteks contoh ayat yang diberi, perkataan yang betul ialah "Saya membeli tilam ini meskipun mahal kerana sifatnya yang menganjal dan menjamin keselesaan". | Istilah | 30.06.2026 |
| Diminta DBP memberi padanan istilah 'boba' iaitu sejenis makanan kenyal berbentuk mutiara diperbuat ubi kayu dan dicampur dalam minuman 'bubble tea' (minta padanan untuk bubble tea juga jika ada, ataupun teh mutiara memadai kerana itu yang digunakan wikipedia bahasa indonesia?). | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan istilah tersebut. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2018 |
| Apakah isitlah yang tepat bagi bubble tea dan milkshake? | Istilah yang sesuai bagi "milk shake" ialah susu kocak. Manakala untuk "bubble tea" pula, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih atau teh bebola hitam kenyal.
| Lain-lain | 21.03.2021 |
| Selamat sejahtera bos Apakah Perbezaan antara para, pepara dan para-para Terima Kasih | 1. “Para” bermaksud: i. Rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain. ii. Kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai. iii. Bahan kenyal dan kalis air daripada susu getah atau bahan sintetik, biasanya digunakan untuk membuat tayar, sarung tangan, bola dan lain-lain. iv. “Paragraf”. 2. “Pepara” bermaksud sejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora corymbosa. 3. “Para-para” bermaksud “para”, iaitu rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1617 dan 1670. | Lain-lain | 18.05.2024 |
|
|