Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Hi, apakah padanan untuk interoperability? Saling boleh kendali? Kesalingbolehkendalian? | Padanan yang lebih sesuai ialah saling boleh kendali. | Istilah | 06.11.2007 |
mengendalan dan mengendali,apa bezanya? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada kata mengendalan dan kata terbitan yang betul bagi kendali ialah mengendalikan (bukan mengendali), kata kerja transitif yang bermaksud mentadbirkan sesuatu persatuan dan lain-lain. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
maksud kekangannya | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. | Istilah | 15.03.2010 |
Di sini kami lampirkan iklan Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak puan , Untuk makluman puan , Biz App Store adalah nama kedai virtual yang di kendali oleh TM untuk penjualan applikasi aplikasi untuk penyelesaian perniagaan , Nama Biz App Store akan di trademark untuk pengunaan dalam iklan iklan komersial tempatan Kerjasama Puan amat dihargai. Terima Kasih. Kind Regards; Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313 | Sekiranya "Biz App Store" telah mendapat "trademark", pihak tuan tidak perlu menterjemahkannya kepada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami akan menyemak teks lain dlam iklan tersebut yang menggunakan bahasa Melayu. Iklan yang dihantar akan kami faks kepada tuan. | Lain-lain | 08.05.2012 |
|
|