Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
MOTIVASI | Motivasi ialah keinginan/semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan; atau, sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. | Makna | 18.02.2008 |
Apakah lawan perkataan azam? | Menurut Kamus Dewan makna perkataan azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya). Oleh itu, lawan kata azam ialah tidak berkeinginan, tidak bercita-cita tinggi, atau tidak mempunyai kemahuan terhadap sesuatu. | Makna | 24.03.2009 |
BAGAIMANAKAH CARANYA MENJADI PENULIS BERJAYA. | Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis. | Lain-lain | 25.07.2007 |
Tuan/Puan, Mohon nasihat bagi ayat berikut: Inginkan RM5000? Tanya kami mengenai SA(nama produk). 1. Inginkan atau Ingin 2. mengenai - boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai Terima kasih. | Sdr faisal, Ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. Ingin RM5000. ingin (kata kerja)Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;, Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan')">keinginan, berkeinginan 2. Kata sendi tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu atau mujarad. kata sendi tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: (i) Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri. | Tatabahasa | 25.02.2009 |
saya ingin meneruskan pengajian di ipta..permohonan saya ditolak..saya mengharapkan bantuan... | Assalamualaikum Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas semangat dan keinginan saudara untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saudara perlu sentiasa beringat bahawa bukannya mudah untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Tabah menghadapi kegagalah kerana kegagalan adalah salah satu proses pembelajaran. Oleh itu jika saudara gagal untuk mendapat tempat di IPTA jangan putus asa, cari jalan penyelesaian yang lain seperti mendapatkan tempat di IPTS yang penting matlamat untuk saudara menyambung pelajaran dan memperoleh kejayaan akan tercapai di suatu hari nanti insyaallah. Sekian selamat belajar dan selamat memperoleh kejayaan yang cemerlang | Lain-lain | 11.05.2010 |
BAGAIMANA SAYA MAHU BERKHIDMAT DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA INI.? | Sdr, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas keinginan sdr untuk berkhidmat dengan kami untuk sama-sama membina dan mengembangkan Bahasa Melayu. Untuk berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sdr perlulah melihat jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik sdr. Sekiranya ada jawatan kosong diiklankan, sdr bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami. Sdr perlu mengisi dengan lengkap borang tersebut serta dilampirkan dengan salinan dokumen sokongan yang berkaitan. Hantarkan secara serahan tangan atau dipos kepada kami sebelum tarikh tutup. Permohonan yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga | Lain-lain | 15.10.2010 |
Apa maksud perkataan 'pamrih' dalam ayat di bawah. Dalam cinta tidak ada pamrih melainkan ketulusan. | Saudara, Perkataan 'pamrih' (bahasa Indonesia) bermaksud maksud yang tersembunyi dalam memenuhi keinginan untuk memperoleh keuntungan peribadi. Sila rujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia. | Makna | 20.12.2009 |
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah? | 1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu. 2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi. | Makna | 30.09.2011 |
salam tuan, sy ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dgn "kata serapan bahasa nusantara"dan "kata serapan dalam bahasa Melayu". Keduanya, adakah kata serapan dgn kata pinjaman adalh sama?di harap pihak tuan dpt memenuhi keinginan sy untuk mengetahui maksud dn penerangan yg dr pihak tuan. Harapan sy agar pihak tuan dpt mberitahu dgn segera permintaan sy mngenai soalan tersebut. Sekian terima kasih. | Puan Noraiza, Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| ingin (kata kerja) | Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;, | | Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan, |
|
|