Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, saya mahu semak samada ayat saya betul atau tidak. Contoh Ayat : Pihak pengurusan amat berbangga di atas tindakan cemerlang anda kerana berjaya membanteras penyeludupan 316 keping besi keluli tahan karat yang telah disembunyikan di dalam bahagian enjin dan di bawah tempat duduk kenderaan dari tiga buah kenderaan semasa memasuki kawasan pemeriksaan pada 20 April 2015. | Pihak pengurusan amat berbangga atas tindakan cemerlang anda kerana berjaya membanteras penyeludupan 316 keping besi keluli tahan karat yang telah disembunyikan di dalam bahagian enjin dan di bawah tempat duduk di dalam tiga buah kenderaan semasa memasuki kawasan pemeriksaan pada 20 April 2015. | Tatabahasa | 21.04.2015 |
Salam, apakah nama kucing terkecil di dunia, Rusty-spotted cat (nama spesies: Prionailurus rubiginosus)? Cadangan saya adalah kucing berbintik karat. Terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok kucing belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 16.04.2024 |
Tuan/Puan Di Sini saya lampirkan e-mail yang saya terima dari tempat ker Soalan saya yang palng utama ialah berkenaan pantun di bawah. Kitaketepikan Maksud Pantu rangkp 2 dan 3. Yang saya persoalkan adalah pembayangnya rangkap 1 dan 2. Sayatak mahu memakukan Negeri saya serta rakyatnya. Pantun ini harus saya ucapkandi PA semasa ketibaan. Jika pantun ini tidak melambangkan ciri pantun melayu asli (pada saya tidak langsung). Saya meminta pohak DBP berhubung dengan Malaysia Airlines atas kurang prihatinmereka akan Pabtu Melayu berzaman yang halus dan cukup indah Subject : NEGARKU CAMPAIGN Initiative After Landing Announcement (Effective Immediately) Dear Cabin Crew, With reference to the circular below, please be informed that the Negaraku Campaign Initiative will take effect immediately. The After Landing Announcement (please see attachment) should include one of the following: 1. Pantun (Preferred; If Crew is confident in the delivery) Membeli gelang di Pasar Karat, Untuk hantaran si anak dara, Negaraku lambang kesatuan rakyat, Selamat pulang, perantau Negatakuj Minta tolong sangat dengan pendapat Tuan/Puan atas pantundi atas. Terima Kasih | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan pandangan tuan, memang betul pembayang pantun tersebut tidak sesuai dengan maksud pantun. Pembayang kebiasaannya perlu berkaitan dengan jiwa besar, lambang Negara seperti bendera, atau alam seperti pelangi. Hal ini kerana maksud pantun ini berkaitan dengan jiwa dan semangat perantau. Sekian, terima kasih. | Makna | 20.06.2017 |
|
Puisi |
---|
|
Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit.
Lihat selanjutnya... |
|