Sdr Azmanizan, Frasa yang betul ialah jawapan no.(2) 1. Kapal itu tenggelam dalam lautan. 2. Kapal itu tenggelam di lautan. (Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah terbenam ke dalam laut tersebut atau karam. Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti yang berikut: (a) Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. (b) Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu. |