Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam min. Ikhlas dengan jujur tu maksud dia sama ke? Kalau kita nak buat ayat seseorang itu ikhlas tu adakah bermaksud dia kena jujur? | Ikhlas dan jujur mempunyai maksud yang sama iaitu dalam keadaan yang rela tanpa ada maksud yang terselindung atau tanpa tipu daya. (menurut Kamus Dewan Perdana, muka surat 808 dan 916) Untuk soalan kedua, jawapannya bergantung kepada individu. | Makna | 03.07.2024 |
Harus Jujur Aug 14th, 5:44pm Maaf..saya ada soalan..bole saya tahu, adakah bahasa pendidikan melayu di malaysia sama seperti bahasa melayu pendidikan di singapura?..sbb saya ada dpt contoh dari pelajar di malaysia(sepupu) tentang ejaan bahasa melayu yg betul..kerana muskil saya bertanya di lelaman ini..jutaan terima kasih. | Sistem bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura adalah sama. Malahan Singapura juga menjadi pemerhati dalam Sidang MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia. Walaupun begitu aspek budaya antara kedua-dua negara tidaklah sama seratus peratus. Hal ini memberikan kesan kepada aspek sosiolinguistik dalam bahasa tersebut. | Lain-lain | 14.08.2015 |
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan.. | Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkali | Makna | 27.11.2008 |
Betulkah tanda baca bagi ayat berikut: a) "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "dia tidak jujur." | Yang betul ialah "Betul sangkaan saya," kata Mamat sambil menggeleng, "Dia tidak jujur." | Tatabahasa | 24.11.2011 |
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujur | Antara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my . | Lain-lain | 01.10.2006 |
salam, saya nak tahu sebelum "dan" perlukan letak koma? contoh: Rajin, jujur, dan amanah. | Penulisan koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Walau bagaimanapun penggunaan koma sebelum dan lazimnya digunakan bagi menyenaraikan kategori yang berbeza, contohnya Ahmad ke kedai membeli ikan, ayam, sotong, dan surat khabar. | Ejaan | 29.03.2012 |
Rakan saya menyatakan amin bermakna aman, aamin bererti meminta perlindungan, amiin bermaksud jujur dan aamiin ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan aamiin untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP? | Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan. | Ejaan | 07.03.2012 |
Dia mempunyai kejujuran terhadap dia. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah “Dia bersikap jujur terhadap Ali.”. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga, “dia” tidak sesuai digunakan dalam satu ayat kerana boleh mewujudkan kekeliruan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 hingga 575. | Tatabahasa | 28.01.2024 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ? | Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Adakah kata 'berkepemimpinan wujud? Dan contoh ayat. | Ayat yang betul ialah berpemimpinkan. Contoh ayat, Beruntunglah kita sekiranya dapat berpemimpinkan seseorang yang jujur, cekap dan bertanggungjawab. | Lain-lain | 10.04.2022 |
|
Tesaurus |
---|
| jujur (adjektif) | Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;, | | Kata Terbitan : kejujuran, |
|
Puisi |
---|
|
Buah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 6 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|