Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penggunaan Johan, Naib Johan, Ketiga dan Juara, Naib Juara & Juara Ketiga yang mana sesuai dan betul untuk pertandingan melukis/menulis? Terima kasih | Penganjuran pertandingan bakat seperti melukis atau menulis tidak terikat pada peraturan penamaan kategori kedudukan pemenang, dan dalam konteks anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya penganjur menamakan kedudukan sebagai Tempat Pertama, Tempat Kedua dan seterusnya. Pun begitu, menurut pandangan Pentadbir, perkara ini tertakluk pada amalan sedia ada atau yang mungkin diperincikan dalam buku panduan tertentu pihak penganjur. Atas pertimbangan kesesuaian konteks umum, disyorkan menggunakan sama ada Johan/Naib Johan/Tempat Ketiga (pada skala kebangsaan atau antarabangsa) atau Juara/Naib Juara/ Tempat Ketiga (pada skala sederhana/kecil). | Tatabahasa | 08.05.2025 |
Salam sejahtera. Yang manakah betul? ( 1) menjadi johan 2) mendapat johan (3) menjadi juara (4) mendapat juara | Frasa yang gramatis ialah menjadi johan dan menjadi juara; atau mendapat tempat pertama. | Tatabahasa | 25.08.2014 |
memupuk juara | membentuk juara | Tatabahasa | 09.04.2007 |
Muncul juara (johan) atau muncul sebagai juara; dilantik pengerusi atau dilantik sebagai pengerusi? Mohon penjelasan. | Ayat yang betul ialah 'muncul sebagai juara' dan 'dilantik sebagai pengerusi'. | Tatabahasa | 26.05.2007 |
Anuar menceritakan tentang pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato.Mohon pembetulan | Anuar menceritakan pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato. | Tatabahasa | 06.06.2015 |
Saya ingin mencari buku sastera lama...sekitar 70an dan tidak ingat penulisnya serta terbitannya....Tajuk Buku itu ialah "Juara Yang Tewas" | Salam. Buku Juara yang Tewas, terbitan DBP, 1985 adalah karya Aripin Said. Sdr. boleh membuat rujukan kepada buku tersebut dengan datang sendiri ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau di mana-mana perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 06.08.2009 |
Pasukan bola sepak Piala Tiger itu menjadi juara kerana kemahiran penjaga golnya mengawal pintu gol daripada dibolasi pihak lawan. Apakah kesalahan ayat di atas? jawapannya "kemahiran" tetapi saya tidak faham mengapa "kemahiran penjaga gol" tidak boleh digunakan dalam ayat ini. | Kecekapan penjaga gol lebih tepat digunakan dalam dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Kegelapan kulit Sarimah tidak menghalangnya dipilih sebagai juara Ratu Kebaya 2010. apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kegelapan? | Saudara, Perkataan yang sesuai ialah kehitaman. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Adakah penggunaan huruf besar dalam ayat dibawah ini betul? Juara Dunia,Micheal Scumacher memastikan Pasukan Ferrari... | betul. | Tatabahasa | 14.10.2009 |
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan untuk produk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA" | Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi" | Tatabahasa | 13.11.2007 |
|
Puisi |
---|
|
Raja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 318 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|