Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penggunaan Johan, Naib Johan, Ketiga dan Juara, Naib Juara & Juara Ketiga yang mana sesuai dan betul untuk pertandingan melukis/menulis? Terima kasih | Penganjuran pertandingan bakat seperti melukis atau menulis tidak terikat pada peraturan penamaan kategori kedudukan pemenang, dan dalam konteks anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya penganjur menamakan kedudukan sebagai Tempat Pertama, Tempat Kedua dan seterusnya. Pun begitu, menurut pandangan Pentadbir, perkara ini tertakluk pada amalan sedia ada atau yang mungkin diperincikan dalam buku panduan tertentu pihak penganjur. Atas pertimbangan kesesuaian konteks umum, disyorkan menggunakan sama ada Johan/Naib Johan/Tempat Ketiga (pada skala kebangsaan atau antarabangsa) atau Juara/Naib Juara/ Tempat Ketiga (pada skala sederhana/kecil). | Tatabahasa | 08.05.2025 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ayat yang betul bagi:- "Izani memperoleh naib johan dalam acara lontar peluru sempena kejohanan sukan sekolah", "Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran kategori lelaki sekolah menengah". Dan apakah johan, naib johan dan tempat ketiga merupakan kata nama khas pada situasi berikut: Tempat ketiga Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Naib johan Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Johan acara pingpong kategori beregu (jika berada di tengah ayat) | 1. Ayat yang betul ialah “Izani mendapat naib johan dalam acara lontar peluru bersempena dengan kejohanan sukan sekolah.” 2. Ayat betul ialah “Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz al-Quran bagi kategori lelaki sekolah menengah.” 3. Perkataan naib johan dan tempat ketiga jika berada di tengah-tengah ayat perlu dieja dengan huruf kecil seperti dalam contoh ayat, “Ahmad mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.”, “Abu mendapat naib johan dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.” dan “Ali menjadi johan dalam acara pingpong bagi kategori beregu.”.
| Tatabahasa | 14.02.2023 |
Apakah nama khas bagi tempat penerimaan hadiah Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi pemenang yang menerima pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga / Sukan Tahunan Sekolah? | platform pemenang , rostrum pemenang. | Lain-lain | 13.05.2011 |
Bagaimana menulis perkataan berikut: (Huruf besar atau huruf kecil) 1. ... Malaikat Jibril / ...malaikat Jibril/ ...malaikat jibril 2. ...Syarikat Johan/ ...syarikat Johan 3. ...darjah 5 Delima/ ...Darjah 5 Delima | 1....malaikat Jibrail 2. ...Syarikat Johan 3. ...Darjah 5 Delima | Ejaan | 19.03.2013 |
Salam sejahtera. Yang manakah betul? ( 1) menjadi johan 2) mendapat johan (3) menjadi juara (4) mendapat juara | Frasa yang gramatis ialah menjadi johan dan menjadi juara; atau mendapat tempat pertama. | Tatabahasa | 25.08.2014 |
Yang mana paling tepat: a) "Okey! Satu! Dua! Tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. b) "Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. | "Okey, satu, dua, tiga!" Johan melantik diri sendiri menjadi pengadil. Untuk lebih menguasai aspek tanda baca, rujuk buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Ejaan | 03.11.2011 |
Muncul juara (johan) atau muncul sebagai juara; dilantik pengerusi atau dilantik sebagai pengerusi? Mohon penjelasan. | Ayat yang betul ialah 'muncul sebagai juara' dan 'dilantik sebagai pengerusi'. | Tatabahasa | 26.05.2007 |
Kami bersalaman dengan Encik Johan. ATAU Kami bersalam dengan Encik Johan. bersalaman dengan ATAU bersalam dengan | Penggunaan yang betul ialah bersalam dengan. | Tatabahasa | 07.11.2020 |
Dalam acara itu, dia menjadi johan. Adakah ayat ini ayat songsang? Pendepanan keterangan? | Ayat "Dalam acara itu, dia menjadi johan." merupakan ayat songsang, dan berlaku pendepanan keterangan. Ayat songsang merujuk kepada ayat yang susunan bahagian-bahagian utamanya tidak mengikut pola biasa, iaitu predikat didahului oleh unsur lain seperti keterangan, objek, atau pelengkap (Keterangan + Objek + Pelengkap). Dalam susunan ayat songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 478 hingga 483. | Tatabahasa | 09.06.2025 |
Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul? | 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio. 3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan. | Tatabahasa | 16.11.2008 |