Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud untuk perkataan dibawah :- 1)sanubari | Sanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dlm hati atau batin. | Makna | 04.09.2007 |
Ada sesiapa yang mengetahui asal usul perkataan "sanubari"? | Salam sejahtera, Sanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dalam hati atau batin. Tiada maklumat secara terperinci mengenai asal usul perkataan sanubari dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 05.11.2012 |
Hello. Apakah perbezaan antara "jantung" dan "hati"? Adakah jantung utk konteks biologi sains tubuh badan manakala hati utk konteks cinta dan kasih? Di samping itu, sanubari dan kalbu? | Jantung dan hati ialah dua organ yang berbeza. Dari aspek bahasa, kedua-dua perkataan merujuk kedua-dua organ tersebut kecuali apabila dirangkaikan dengan perkataan lain maka akan wujudlah makna lain seperti jantung hati yang bermaksud orang yang dikasihi. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau datang kapal serati, Naik bendera separuh tiang; Kalau datang si jantung hati, Bulan mengambang kusangka siang.
Lihat selanjutnya... |
|