Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. 1. Ingin sekali saya mengetahui tentang bidang-bidang yang berkaitan tentang ilmu Bahasa Melayu di pusat pengajian tinggi di Malaysia ini. 2. Adakah pihak DBP atau pihak lain (kerajaan dsb) yang menentukan disiplin ini (nama bidang yang khusus yang ditawarkan)? | Encik Mohd. Ismail, Saudara boleh menghubungi pihak universiti untuk mengetahui bidang yang ditawarkan atau layari laman sesawang ipta berkenaan. Penentuan bidang bagi kursus yang ditawarkan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi dan dan universiti. | Lain-lain | 25.07.2010 |
assalammualaikum , saya amat berminat di dalam karya berfokuskan sastera.saya ingin sekali untuk menulis dan ingin menyumbangkan idea kepada masyarakat . tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menghantar hasil idea saya kepada pihak tuan/puan. Jadi saya perlukan khidmat nasihat dari pihak tuan/puan dalam membantu saya . sekian terima kasih | Sdr bolehlah hantar kepada Rozninah Abd. Azib, Editor Dewan Sastera di alamat rozninah@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.04.2010 |
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit." | Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com) | Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Saya mempunyai beberapa soalan.Pertama sekali, saya ingin tanya boleh tak guna ayat ''kata-kata aluan'' atau ''kata alu-aluan'' . Boleh tak kalau saya nak minta buku-buku terkini dari dewan bahasa kerana saya masih tidak mahir banyak lagi mengenai tatabahasa dengan terperinci.Ini alamat saya: Lot 289, Kampung Guchil Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan. | Yang betul ialah kata alu-aluan. Bagi mendalami pengetahuan tentang tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 29.07.2008 |
Saya ingin menjadi penulis. Saya ingin menghantar karya kepada DBP untuk dinilai dan diterbitkan. Saya ingin tahu format penulisan (saiz huruf, bentuk huruf, 'softcopy, dll) dan proses serta tempoh masa untuk saya mendapat maklum balas. Bolehkah saya hantar karya kepada beberapa pihak sekali gus? Berapa royalti yang saya boleh dapat? | Karya saudara hendaklah ditaip selang dua baris (double spacing), font size 12, font times roman atau arial, dicetak pada kertas A4. Karya tersebut boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya dewasa, dan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumput, untuk karya kanak-kanak dan remaja. Pemberian royalti hanya akan dibincangkan sekiranya karya saudara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saudara boleh menghantar karya kepada mana-mana penerbit, tetapi bukan satu karya kepada banyak penerbit, kerana di sini akan berlaku pertindihan penerbitan dan akan melanggar peraturan hakcipta. | Lain-lain | 01.01.2010 |
Selamat sejahtera,Apa khabar? Saya ingin bertanya ttg penggunaan kata adjektif yg betul. Tolong terangkan penggunaan 'paling 'yg betul dlm ayat. Adakah ayat -2 di bawah betul? 1. Bilal ialah budak yang paling tinggi sekali di dalam kelas 4M. 2. Bilal ialah budak yang paling tertinggi sekali di dalam kelas 4M. Bolehkah paling dan sekali dalam ayat? Ayat 2: 1) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk. 2) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk-gemuk belaka. Bolehkah perkataan belaka ditulis bersama perkataan tak berganda cth: gemuk belaka?Bgmanakah penggunaan belaka dalam ayat?TQ | Sdr. sowlili, perkataan paling telahpun menunjukkan darjah tertinggi dalam perbadingan sesuatu benda seperti contoh dalam ayat ini. Oleh itu paling tinggi sekali dianggap tidak gramatis. cukup jika ditulis paling tinggi sahaja.Manakala belaka semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~. | Tatabahasa | 05.12.2007 |
sekali lagi saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengenal pasti ayat di bawah ini, jika terdapat sebarang unsur lewah. "....perayaan hari guru akan berlangsung bermula dari 13 Mei hingga 16 Mei akan datang......" sekian terima kasih. | Benar, ayat yang dibina tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "... perayaan hari guru akan berlangsung dari 13 hingga 16 Mei akan datang ...". | Tatabahasa | 29.06.2012 |
selamat pagi, saya ingin bertanya dua soalan. soalan pertama, bolehkah encik jelaskan penggunaan kata penguat? bolehkah kata penguat hadir dua kali dalam satu frasa? sebagai contoh, bolehkah kita gunakan sangat cantik sekali? soalan kedua, semua penanda wacana dikira sebagai satu perkataan atau tidak? sebagai contoh walau bagaimanapun dikira sebagai berapa perkataan? bagaimana pula dengan kata hubung? terima kasih atas bantuan encik. | 1. Sangat cantik sekali - frasa ini adalah betul kata penguat bebas (sangat) hadir dengan kata penguat 'sekali' dalam satu ayat. Yang salah ialah teramat canti sekali kerana 'ter' dan 'sekali' ialah darjah penghabisan dan tidak boleh wujud dalam satu ayat. 2. Walau bagaimanapun dikira sebagai dua perkataan dan lzaimnya kata majmuk yang dikira sebagai satu perkataan.
| Tatabahasa | 18.02.2011 |
Salam, sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan kepada pihak tuan/puan. Ayat manakah yang lebih tepat sama ada 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' atau 'Kad Jualan Pekebun Kecil Getah'. Untuk makluman tuan/puan, salah satu ayat di atas akan digunakan untuk dicetak ke atas Kad yang akan digunakan oleh pekebun kecil untuk menjual getah mereka kepada peniaga getah. Mohon pihak tuan/puan untuk mengkaji penggunaan bahasa pada ayat-ayat di atas atau memilih salah satunya supaya satu ayat yang lebih tepat dan menunjukkan identiti kad tersebut dapat dihasilkan sebelum ianya dicetak ke atas kad. Terima kasih. | Encik Mohd Termizi, Jawapan yang betul ialah 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' terima kasih. | Tatabahasa | 25.02.2010 |