Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas. | 1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka. 3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas. | Tatabahasa | 15.03.2012 |
maksud permulukan??? | muluk bermaksud indah-indah atau elok-elok, walau bagaimanpun kata terbitan permulukan tidak ada dalam pangkalan data kami. | Makna | 24.06.2011 |
adakah " sungguh indah sekali" dan "paling indah sekali" juga diterima? | Sungguh indah sekali betul. Paling indah sekali salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 08.02.2010 |
definisi melukis dan menulis | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; | Makna | 02.08.2010 |
maksud - menerawang | Menurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP. | Makna | 07.01.2007 |
apakah maksud berunsur pemulukan. contoh soalan: ungkapan yang berunsur pemulukan | Tidak ada kata contoh penggunaan kata pemulukan dalam pangkalan data kami. Contoh penggunaan yang ada ialah muluk bermaksud terbang tinggi-tinggi (burung, dan nyaring (suara) dan perkataan muluk-muluk yang bermaksud yang indah-indah atau elok-elok.
| Makna | 31.05.2011 |
Ayat-ayat ini betul? Ayat 1: Pemandangan di kampungnya amat indah nian. Ayat 2: Pemandangan di kampungnya begitu indah sekali. Ayat 3: Pemandangan di kampungnya amat indah sekali. | Ketiga-tiga ayat itu betul. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul. | Tatabahasa | 14.12.2012 |
Bolehkan kita mengguna "indah" untuk menyifatkan kesenian karya-karya seseorang? Misalnya, kesenian karya-karya Usman Awang yang indah? | Boleh digunakan perkataan "indah" bagi karya kerana ia bermaksud "elok" dan "bagus benar". | Lain-lain | 05.03.2007 |
kenapa frasa amat indah nian a dalah betul ? amat dan nian membawa maksud sangat. Bukankah kesalahan ini sama dengan paling indah sekali ? | Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh sekali. Paling, ter- dan sekali ialah penanda darjah tertinggi. Oleh itu, amat indah nian adalah betul kerana amat ialah kata penguat bebas dan nian ialah kata penguat belakang. Paling indah sekali adalah bentuk lewah, kerana . kedua-dua paling dan sekali ialah penanda darjah tertinggi, maka bentuk ini salah. | Tatabahasa | 27.07.2007 |
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian. | Frasa yang betul ialah Pemandangan di situ sangat indah atau Pemandangan di situ indah nian. | Lain-lain | 16.11.2010 |