Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Maksud Ilustrasi dalam konteks Multimedia dan bahasa . | Dalam Kamus Dewan ilustrasi bermaksud gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll); dalam istilah ilustrasi disebut penjelasan/ilustrasi, huraiannya; (1) Lukisan atau foto pada sesebuah teks yang memberi gambaran tentang kandungan teks tersebut. (SLUKIS) (2) Tindakan membuat penjelasan dengan kaedah yang mudah tentang sesuatu fahaman, teori atau konsep yang terdapat dalam bidang geografi melalui kaedah tertentu seperti melalui kajian lapangan dan makmal. (GEOG). Untuk bidang multimedia juga digunakan ilustrasi. | Makna | 16.10.2008 |
apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat ini? Ilustrasi kartun yang dihasil oleh Encik Khir sungguh baik sekali. | Ilustrasi kartun yang dihasil oleh Encik Khir sungguh baik sekali. Kata penguat sungguh tidakperlu diakhiri dengan sekali, oleh itu memadai - Ilustrasi kartun yang dihasil oleh Encik Khir sungguh baik. | Tatabahasa | 08.07.2008 |
apakah perbezaan diantara lakaran alat telekomunikasi dengan lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi? | Lakaran yang pertama bermaksud lakaran alat telekomunikasi.iaitu merujuk alat. Lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi merujuk lakaran olahan ilustrasi yang dibuat oleg alat telekomunikasi. | Lain-lain | 27.03.2008 |
Sejak saya mengenali Kamus Dewan pada tahun 1980, tiada sebarang ilustrasi yang dimasukkan di dalam buku yang berwibawa itu. Pada hemat saya, ilustrasi amat penting apabila terdapat sesuatu perkataan yang tidak dapat dijelaskan dengan hanya memasukkan kata-kata terutama sekali bagi pelajar bukan Melayu yang benar-benar ingin mengetahui maksud sesuatu kata tetapi gagal untuk memahami penjelasan yang diberi semata-mata tiada sebarang ilustrasi. Sebagai contoh, saya perturunkan kata-kata seperti: memapah, mengelek dan kekisi. Harap mendapat perhatian dan penjelasan daripada pihak yang berkenaan. | Pandangan saudara kami hargai dan untuk makluman saudara juga terdapat pelbagai jenis kamus dan kumpulan sasaran penerbitannya dan cadangan saudara akan kami kemukakan untuk penerbitan Kamus Pelajar dalam edisi yang akan datang. | Lain-lain | 14.05.2010 |
Disertakan ayat contoh, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh. ATAU Disertakan contoh ayat, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu lengkap dengan takrif yang jelas. Diberikan ilustrasi untuk menjelaskan ayat contoh. | Kedua-dua ayat tersebut betul, namun frasa "ayat contoh" lebih banyak digunakan kini kerana ayat itu yang dijadikan contoh sama seperti frasa "rumah contoh". | Tatabahasa | 06.06.2012 |
Wah, cantik dan unik tiga ilustrasi cover Tunas Cipta. Saya ingin menghantar makalah bersifat kajian, dalam ruangan "TUMPUAN", berapakah format halaman yang ditetapkan? Selain itu, saya menghantar dua puisi dan bakal menghantar satu cerpen terbaru ciptaan saya. | E-melkan sahaja kepada saya, ghanig@dbp.gov.my berkenaan makalah berbentuk kajian, lebih elok jika menghantar PM FB sinopsis kepada saya dahulu untuk perbincangan awal. | Lain-lain | 17.06.2012 |
illustration | Tiada soalan yang dikemukakan. Jika perkataan illustration terjemahan dalam bahasa Melayu ialah penjelasan atau ilustrasi. | Lain-lain | 27.11.2012 |
Saya telah menulis dan menerbit buku "Let's get physical" 48 muka surat, berwarna-warni, banyak ilustrasi cara bersenam, dll. Saya ingin menterjemah buku tersebut ke BM. Bolehkah pihak DBP bantu saya dari segi dana dan apa jua bantuan lain? Terima kasih. | Penterjemahan dokumen yang berbentuk teks penuh tidak dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka. Walau bagaimanapun penterjemahan dokumen yang lebih berbentuk mencari padanan kata atau istilah diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi faridah@dbp.gov.my. Bagi penterjemahan dokumen berbentuk teks penuh, saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, 03-41497210, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, 03-21424381, www.terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 28.06.2010 |
Saya ingin bertanya mengenai panduan menerbitkan buku di segi bentuk manuskrip yang perlu dihantar (soft dan hardcopy), susunannya dan kaedah dan kadar royalti yang dibayar jika manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Tempoh masa jawapan mengenai sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Sekian, terima kasih. | Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk cetak, dan juga dalam bentuk digital, sama ada dalam disket atau cakera padat (CD). Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan. Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis. Kadar royalti berbeza mengikut kategori dan peringkat buku. Contohnya, kadar royalti buku umum 12 peratus, dan buku teks 10 peratus. Kaedah bayaran adalah 50 peratus apabila buku terbit dan 50 peratus lagi berdasarkan jualan buku. Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh manuskrip itu diterima. Keputusan sama ada manuskrip itu sesuai diterbitkan atau tidak, akan dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 2 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima. | Lain-lain | 22.12.2009 |
legenda atau lagenda | Legenda ialah cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). | Makna | 24.05.2010 |