Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Di halaman 1087 Kamus Dewan Edisi Keempat ada masukan -nyah- yang dikatakan awalan asing yang bermaksud buang atau hapus. Perkataan contoh yang diberikan ialah nyahcas dan nyahwarna. Mohon nyatakan bahasa sumber bagi awalan -nyah- itu. Terima kasih. | Awalan "nyah-" ialah padanan bahasa Melayu untuk awalan bahasa Inggeris de- atau dis-. Contohnya, discharge menjadi nyahcas, deceleration menjadi nyahpecutan. | Istilah | 29.12.2012 |
Menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia1. Write-off (fixed assets) 2. Pecured rubber 3. Retread tyres | 1. Write-off = hapus kira 2. Precured rubber = getah praawet 3. Retread tyres = tayar celup | Istilah | 03.10.2002 |
Mohon bantuan memberi istilah terjemahan terbaik untuk 'DELETE' bagi penggunan pada borang online. Sekina, terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "delete" ialah hapus. | Istilah | 11.03.2013 |
apakah perbezaan antara dihapus, dihapuskan dan terhapus. Contoh, Kerajaan akan memberikan subsidi diesel kepada golongan nelayan sekiranya subsidi bahan api _______. A) terhapus B) dihapus C) dihapuskan jawapan manakah betul, sila jawab. Terima kasih! | Yang betulnya ialah dihapuskan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terhapus ialah menjadi hapus, telah dihapuskan. Jawapan kepada soalan tersebut ialah 'C'. | Tatabahasa | 03.10.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| hapus (kata kerja) | Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;, | | Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus, |
|
|