Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasih | Waalaikumsalam, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Makna | 12.03.2013 |
Adakah ungkapan "bergaul dengan" sama dengan "menggauli"? | Menggauli tidak sama maksudnya dengan bergaul dengan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Menggauli | Makna | 03.05.2013 |
Salam sejahtera tuan. Apakah perbezaan antara peribahasa yang berikut? Bolehkah tuan menjelaskan penggunaannya? -bagai lesung dengan antan -bagai aur dengan tebing -bagai kapur dengan kunyit -bagai cincin dengan permata Penjelasan dan maklum balas tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. | Bagai lesung dengan antan bermaksud sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau orang yang berkasih-kasihan). Penggunaan peribahasa dalam ayat haruslah sesuai antara makn peribahasa dengan konteks ayat tersebut, contohnya "persahabatan antara Ahmad dan Ali boleh diumpamakan bagai lesung dengan antan". Untuk melihat makna peribahasa yang lain, sila rujuk laman web kami, contohnya dengan+tebing&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aur+dengan+tebing&d=11, saudara dapat melihat maksudnya dan contoh penggunaan peribahasa tersebut (jika ada). | Makna | 29.07.2013 |
bagaimana menulis sijil dengan betul??? 1) Adalah dengan ini diperakukan bahawa 2)Dengan ini diperakukan 3)Dengan ini diperakui 4)Adalah disahkan bahawa 5)Adalah dengan ini yang manakah yang betul??? | Frasa yang betul ialah "Dengan ini diperakukan bahawa Ali bin Ahmad ...". | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Salam sejahtera Tuan, Adakah "dengan itu" tergolong sebagai penanda wacana? Apakah yang dimaksudkan dengan frasa "dengan itu"?S Sekian, terima kasih. | Perkataan "dengan" ialah kata sendi nama. Frasa yang boleh digunakan untuk penanda wacana ialah sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
bagaimana menulis nama: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak 2. | Konsep 'Klik dengan Bijak' | Tatabahasa | 11.12.2012 |
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic) | 1. Konsep 'Klik dengan Bijak' 2. Internet 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tatabahasa | 11.12.2012 |
Penggunaan frasa sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, mana yang betul? | Sehubungan itu - Sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan. Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan itu. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat antara kedua-duanya ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan. | Tatabahasa | 09.06.2013 |
salam sejahtera Tuan, permintaan saya : Boleh tak tuan tunjukkan perbezaan penggunaan 'gariskan ' dengan 'garisi' dengan contoh ayat? (2) Yang manakah betul?, ...di peringkat kebangsaan ATAU ...pada peringkat kebangsaan. Sekian, terima kasih. | 1. Penggunaan yang betul ialah dirujuk, gariskan dan tuliskan. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. 2. ... pada peringkat kebangsaan. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
boleh tak pengunaan dengan diawal ayat contohnya dengan membaca buku kita akan menjadi orang yang berguna. | Perkataan dengan boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 19.07.2013 |