| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Salam sejahtera...saya ingin pertanyaan adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan. | Istilah | 26.09.2025 |
| Salam sejahtera...saya ingin bertanya adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan. | Istilah | 26.09.2025 |
| Hi, boleh saya tahu adakah perkataan "sarapan" memerlukan "pagi" atau "sarapan" sahaja pun boleh digunakan? Seterusnya, boleh saya tahu jika kita mempunyai istilah untuk "late-night snack". Terima kasih! | Frasa yang betul ialah "sarapan". Cadangan terjemahan untuk "late night snack" ialah "snek lewat malam". Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 15.08.2024 |
| Salam sejahtera, mengapakah saya tidak boleh mengakses laman rasmi Korpus DBP ini? | Laman rasmi Korpus DBP kini sudah boleh diakses. Puan boleh mencuba sekali lagi untuk mengakses laman tersebut. | Lain-lain | 16.05.2025 |
| Dimana boleh sababat saya (warganegara Czech Republic) boleh mendaftar untuk belajar bahasa Melayu? Boleh berikan cadangan? | Salam puan yang budiman, Untuk pertanyaan berkaitan dengan kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP, puan boleh e-melkan kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai melalui talian 03-21470201/0213/0232. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 20.07.2025 |
| Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut. | Tatabahasa | 13.02.2025 |
| Boleh tanya perkataan "suloh" atau "suluh" yang sesuai digunakan kini? | Ejaan yang betul ialah suluh. | Ejaan | 31.07.2025 |
| Boleh saya tahu, jumlah bilangan daftar kata terkini dalam kamus dewan perdana ? | Untuk makluman, kata entri dan subentri yang terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (2020) berjumlah kira-kira 120 ribu. | Lain-lain | 12.10.2025 |
| Boleh kah saya menggunakan perkataan "Di tepian air" bagi "Exclusive waterfront living" dan juga penggunaan "keluarga kecil yang sedang berkembang" bagi penggunaan "growing families" Terima kasih | Cadangan padanan dalam bahasa Melayu yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: (a) Exclusive waterfront living - Kediaman eksklusif di tepian air. (b) Growing Families - Keluarga yang semakin berkembang. | Lain-lain | 05.08.2025 |
| boleh terangkan secara jelas beza bidalan dengan pepatah serta contoh-contoh yang jelas.terima kasih | Secara ringkasnya, bidalan bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa. Pepatah pula bermaksud susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang. Contoh penggunaannya: Elakkan berhutang semata-mata untuk memberikan wang hantaran yang tinggi kepada pasangan, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
| Makna | 24.05.2025 |